Unknown
Eruwan Gerry Affiliates

Penuh Yakin Di Laluan Mencabar

Oleh Erywan Norshal

TEGAP...Ford Mondeo.
 GAYA Ford Mondeo yang dinamik dan menarik dengan menerapkan reka bentuk kinetik memberikan satu pengalaman berharga sesiapa yang memilikinya.
Jentera yang diimport ini pasti memberi tanggapan berbeza berbanding kenderaan lain kerana kelebihan tersendiri dalam kelasnya.

Kali pertama melihatnya, penulis menganggap kenderaan ini banyak keistimewaan dan sukar mencari kelemahannya.

Rekaan luarannya sungguh mempesonakan jika dilihat dari hadapan kerana terserlah 'wajah' Mondeo yang baru dengan gril bawah berbentuk trapezium.

Garisan pada bahagian badan serta lampu belakang menampakkan ia ringkas dan menjadikan idaman kepada mereka yang berkeluarga.

Bahagian dalamnya dipadankan dengan kerusi dibalut bahan daripada kulit yang memberikan gaya eksklusif dan dilengkapi ruang dalaman mewah seolah-olah seperti kereta limosin.

Penulis berpendapat, kenderaan ini menyediakan pakej yang lengkap kepada pemiliknya dan menyediakan pengalaman berbeza daripada segi pemanduan.

Ini kerana Mondeo memberi kestabilan dan keyakinan ketika memandu sama ada permukaan jalan tidak rata atau laluan mencabar terutama di selekoh.

Sistem suspensinya yang dicipta mampu menyerap hentakan di jalan tidak rata atau di selekoh.
Penggunaan topang Macpherson pada bahagian hadapan dan suspensi belakang berbilang sambungan bilah kawalan dengan palang penstabil adalah 'punca' membuatkan jentera ini lebih stabil serta selesa.

Enjin aluminium Duratec HE empat silinder 2.3L DOHC 16 injap dengan sistem transmisi Durashift automatik 6-kelajuan menjadi pemangkin untuk menggerakkan kenderaan ini walaupun berat casisnya mencecah 1,541 kilogram.

Kuasa maksimum 161PS pada 6,500 rpm dan tork sehingga 208Nm pada 4,200rpm memberi prestasi yang memberangsangkan ketika memecut di lebuh raya.

Walaupun enjin berkapasiti besar dan casisnya yang berat, ia mampu memberikan bacaan kira-kira 730 kilometer dengan setangki petrol 70 liter.

Mondeo turut dilengkapi beberapa teknologi terkini termasuk sistem pengisian minyak 'Easyfuel Ford' tanpa penutup dengan penyekat khas yang mampu mengelakkan pengisian yang salah.

Jentera ini menerima penarafan NCAP lima bintang dalam aspek keselamatan termasuk dilengkapi tujuh beg udara iaitu lutut untuk pemandu, untuk perlindungan hentakan tepi dan tabir penumpang belakang.
Ia turut dilengkapi Sistem Brek AntiKunci (ABS) dengan Penyuraian Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) adalah standard.

Dengan harga jualan RM174,101.80 tanpa insurans, ia pasti menarik perhatian mereka yang mementingkan ciri dan spesifikasi tinggi yang ditawarkan Mondeo.

SPESIFIKASI
FORD MONDEO


ENJIN:
 

2.3L Duratec dengan 4 silinder DOHC.

KUASA MAKSIMUM:
 

161PS pada 6,500rpm

TORK MAKSIMUM:
 

208Nm pada 4,000rpm.

TRANSMISI:
 

Enam kelajuan automatik dengan Durashift.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:
 

ABS dengan EBD, EBA, Immobilizer dan tujuh beg udara.

HARGA:
 

RM174,101.80 tanpa insurans

TAYAR CPNTINENTAL:


ContiSport Contact 3 235/45R17 94W TL FRbersamaerywan

Laporan Penuh Di Sini:


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...