Unknown
Eruwan Gerry Affiliates

Kunjungi Rumah Panda

HATI yang lara pasti terhibur melihat gelagat panda yang comel bermain atau tidur. Inilah tarikan pengunjung ke Panda Breeding Camp, Chengdu, China.

Chengdu, ibu negeri wilayah Sichuan cukup dikenali sebagai 'home of the lovely giant panda'.

Ia juga adalah 'China's Best Tourist City', nama yang diberi Pentadbiran Pelancongan Nasional dan Pertubuhan pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada 8 Februari 2007 kerana keindahan alam, sejarah, kebudayaan tradisional serta kehidupannya sebagai bandar kosmopolitan.

Terletak di barat Szechuan Basin dan di tengah Dataran Chengdu, Chengdu adalah pusat teknologi, perdagangan, kewangan serta pusat pengangkutan dan komunikasi China.

Sichuan dikatakan gabungan dari lima elemen iaitu air, tanah, kayu, keluli dan api. Di samping itu, Sichuan bermaksud Empat Sungai sebagai tribute atas elemen yang terpenting dalam hidup ini iaitu air.

Selain itu, empat juga mencerminkan jumlah lebih dari 1,000 mata air yang melampaui daerah selatan barat negara China ini.

Justeru, sebagai ibu negeri wilayah Sichuan, Chengdu adalah kota ke lima terbesar dari segi jumlah penduduk yang berjumlah 13 juta orang. Selain panda. tarikan ke sini ialah bangunan yang masih mengekalkan keaslian seni binanya dan sengaja menggunakan artistik tradisional selain dibina dari kayu.

Tempat ini kaya dengan kepelbagaian makanan, pakaian dan tarian khas Sichuan selain menyimpan banyak tinggalan sejarah bernilai. Salah satunya ialah Du Fu Thatched Cottage di tepi sungai Huan Hua. Ia menyimpan karya seni penyair China terkenal di Dinasti Tang iaitu Du Fu.

Wu Hou Temple atau Kuil Zhu Ge Liang iaitu seorang penasihat bijaksana dari kisah Sam Kok. Jika anda suka cerita The Romance of The Three Kingdom, ia pasti meninggalkan kenangan terindah.

Jika ke sini, jangan lupa menonton persembahan opera Szechuan malah pengunjung boleh menyertai penduduk tempatan di 'teahouse', sambil menikmati suasana santai dengan secawan teh.Chengdu juga popular sebagai pusat mengembara ke pelbagai tarikan menarik di barat China. Pelancong boleh memulakan pengembaraan mendekati keindahan alam semula jadi dan lambang kebudayaan terpentingnya yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO.Ia termasuklah Gunung Qingcheng, Wolong Natural Reserve dan pusat pemuliharaan Panda Gergasi, Hutan Simpan Jiuzhaigou, Istana Potala di Tibet, Terra-cotta Warriors of Xi'an, Gunung Suci Buddha, Gunung Emei serta melawat Buddha Gergasi Leshan yang menakjubkan.

Di bahagian barat yang lebih tinggi mempunyai suhu yang sujuk berbanding kawasan rendah di timur. Masa paling sesuai mengunjungi Chengdu ialah Mac, Jun dan September hingga November.

Julai dan Ogos pula adalah bulan yang panas di Chengdu. Justeru, Gunung Qingcheng, Xiling Snow Mountain, Gunung Tiantaida dan Longchi Forest Park adalah tempat ideal berdekatan Chengdu keluar dari musim panas.

Kini, AirAsia X menyediakan penerbangan terus ke Chengdu setiap Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Justeru, tempah penerbangan anda ke Chengdu hari ini di lama web www.airasia.com.

Laporan Penuh Di Sini:

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...