Unknown

2 polis cuba rogol remaja kena penjara


BEIJING: Sebuah mahkamah di tengah China semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap

dua anggota polis yang cuba merogol dua gadis belasan tahun.

Dalam kejadian itu, seorang daripada mangsa mati selepas cuba menyelamatkan diri

dengan terjun dari tingkat sembilan.


Gong Cheng, anggota polis di wilayah Hunan, dijatuhi hukuman mati dengan hukuman penjara

tertangguh selama dua tahun, yang biasanya dipinda kepada penjara seumur hidup.


Menurut kenyataan mahkamah di Xiangxi, anggota polis itu memasukkan dadah ketamin

ke dalam minuman kedua-dua mangsa di sebuah karaoke sebelum cuba merogol mereka. - AP



Laporan Penuh Disini:

myMetro | 2 polis cuba rogol remaja kena penjara
1 Response
  1. Unknown Says:

    Nasib x jadi kat negara kita.Harapkan polis jaga keamanan polis pula buat hal.Siap ada tektik nak kenakan org.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...