Unknown
Eruwan Gerry Affiliates 


TLDM Bina Kapal Tempur Dengan Peluru Berpandu

2010/11/04

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang memperkuatkan asetnya dengan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang bakal dilengkapi peluru berpandu yang dijangka diperoleh secara berperingkat dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) hingga RMK-12.

Pembinaan kapal peronda generasi kedua LCS itu selepas penerimaan enam kapal peronda generasi baru (NPV) daripada Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bagi mengukuhkan operasi rondaan TLDM di perairan negara.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah menaik taraf persenjataan daripada meriam kepada peluru berpandu pada LCS selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan TLDM.
“Kita masih memilih sistem persenjataan sesuai untuk dekad akan datang selain bersesuaian dengan operasi yang kita lakukan di kawasan konvensional seperti sekarang, tetapi di Laut China Selatan bagi menjaga keselamatan perairan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak,” katanya di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, pembinaan LCS memperlihatkan kemampuan profesional tempatan terutama dalam aspek perkapalan dan pemindahan teknologi.

Katanya, apabila selesai penyerahan semua kapal LCS kepada TLDM, BHIC boleh terus mengembangkan kemampuannya dengan mendapat kontrak dari negara ASEAN lain selaras dengan persetujuan kerjasama industri pertahanan di rantau ini.


 Laporan Penuh Di Sini:


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...