Unknown
BOLEHKAH IBU BERPUASA BULAN RAMADHAN NI



Cerita saya pada kali ini ditugaskan khas kepada para2 isteri yang mengandung pada bulan puasa yang mulia ini terutamanya kepada isteri saya. Harap membantu.


Bagi para-para suami klu isteri tanya anda soalan kat atas apa jawapan anda?Klu jawab salah nanti terjejas kreadibiliti sebagai suami.


Saya cuba2 cari kat internet ini beberapa panduan saya dpt. Kalau ada tambahan boleh komen kat bawah.


Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.


Tapi ada juga yang nak teruskan puasa juga walau ada tanda2 gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.


Selalunya antara alasan yg biasa kita dengar ialah 'Tunggulah sekejap aje lagi nak bang nak buka, rugi i tau nak berbuka. i bulan ni aje boleh posa penuh, bulan lain tentu susah'.


Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.
Makanan Yang Digalakkan

Nak makan apa bila berbuka ni. Pi bazar aje terus rambang mata kita. 

Prinsip pemakanan yang betul penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak, kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, pola pemakanan wanita hamil sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu ibu dan janin yang dikandung. Bagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam pengambilan makanan semasa di bulan Ramadan ini.

Ujar beliau, adalah penting bagi wanita hamil minum air secukupnya memandangkan negara kita berada di garisan Khatulistiwa yang mana cuacanya panas sepanjang musim. 

-Ini dapat menghindari daripada berlakunya dehidrasi (tubuh kekurangan air atau kontang). Dinasihatkan supaya puan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

-Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mendatangkan apa-apa ancaman.

-Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi), jelasnya.


Dr. Shah Reza berkata, berat badan ibu mungkin berubah sepanjang Ramadan ini bergantung kepada amaun kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa pada bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu jika mereka mengambil kalori dan zat makanan dengan mencukupi. 

Sumber: Utusan Online

Bagi saya pula ialah tentulah banyakkan makan buah, sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai protein yang rendah. Salah satu ialah ayam pada bahagian dada.

Selain itu juga, jgn lah risau klu tekanan darah rendah sebab masa ini banyak darah bagi kat baby. Tapi kalu tekanan darah tinggi kena berjaga2lah.

Bagi yang berkerja dan rasa perlukan tenaga lebih ambillah multivitamin terutamanya dari sumber ikan kerana perlu banyakkan DHA. Kalau susah2 ambil sumber drp ikan bilis. Tapi mcm isteri saya ini makan sayur tak saya galakkan makan spirulina elken. (Baby pertama makan dah. Mahal juga tapi benda 2 juga isteri boleh makan.Alhamdulillah tak ada masalah sampai sekarang.Comel lagi) 

Ibu mengandung juga kena makan kerap tapi puasa mcm mana pula?
Masa sahur oleh makan 3 kali.

1. Bangun sahur sebelum masak boleh makan buah atau roti
2. Masa sebelum nak kejut orang dan habis masak makan lagi
3. Makan masa bersahurlah

Banyakkan minum air ikut isteri banyak mana dia suka.Air masak atau air panas. Air ais jangan sekali2 atau kurangkan.Gula juga jangan langsung kalu boleh. Gula semulajadi bolehlah daripada buah-buahan yang isteri suka makan.

Oklah setakat ini panduan saya. Harap membantu.



“Apa pendapat tuan dan puan mengenai isu pemasaran blog yang telah saya kupaskan? Adakah kalian mempunyai cadangan yang lebih baik? 
Mohon berikan pendapat dalam ruangan komen di bawah. 
Terima kasih.”
Unknown

Kelebihan Solat Tarawih Malam 1-30 Ramadhan. Satu penipuan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya yang akan menjelma tiba.

Dikesempatan bulan yang mulia ini saya ingin menyampaikan suatu perkara mengenai Kelebihan Solat Tarawih.  Kebanyakan muslim dan muslimah termasuklah diri saya telah terpedaya mengenai kelebihan solat tarawih seperti saya catatkan dibawah.


Pihak JAKIM telah menyatakan bahawa' Tidak terdapat hadis sahih yang membicarakan tentang fadilat-fadilat solat tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan sebagaimana yang dikeluarkan olehartikel atau media massa.


Boleh baca selebihnya di sini:



http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/11815


Saya juga telah membaca tentang pembohongan hadis tersebut di portal web daripada mufti Terengganu. Baca kat bawah:


Diharap artikel ini membantu saya dan saudara-saudara Islam saya tentang penyebaran hadis palsu ini.

Sekiranya membantu. Tolong sebar2kan kepada semua dengan menekan button send dibawah. Terima kasih banyak2. Semoga hidup saya sekeluarga dan umat Islam diberkati.Amin.



SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solatTarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentiasa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...