Unknown
Eruwan Gerry Affiliates


Lokasi Bulan Madu

MALAYSIA mempunyai banyak pantai untuk beristirahat malah ada yang diiktiraf tercantik di dunia, salah satunya ialah pantai Cherating.Jika bercadang untuk ke pantai Cherating cuti sekolah ini, jangan lupa singgah di Suria Cherating Beach Resort.

Selain panorama alam semula jadi yang indah, ia menyediakan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang tenang.Suria Cherating Beach Resort turut menjadi tumpuan pelancong terutama umat Islam kerana mengamalkan peraturan halal 100 peratus termasuk tidak menghidangkan minuman keras.

Pengarah Eksekutif Suria Resorts & Hotels, Nor Dalina Khalil, berkata ada lima jenis bilik penginapan iaitu Terrace Garden View atau Terrace Sea View, Deluxe, Suite dan Superior.

Bagi pasangan pengantin baru yang tercari-cari lokasi berbulan madu, inilah tempatnya kerana anda dan pasangan akan menikmati ketenangan dalam bayu pantai yang penuh kesegaran.

"Kami menawarkan pakej berbulan madu tiga hari dua malam di Suria Suite. Ini termasuk jurupandu untuk bersiar-siar, coklat, bunga segar, sarapan, makan tengah hari dan makan malam percuma untuk dua orang sambil diterangi lilin sungguh romantik," katanya.Jika bercuti bersama keluarga, pakej untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak di bawah usia 12 tahun amat berbaloi.Pakej ini termasuk penginapan dua malam di bilik Superior Garden View, minuman, makanan ringan dan buah-buahan segar di bilik serta sarapan, makan tengah hari dan malam untuk empat orang di Restoran Bunga Padi.

Hotel ini turut menyediakan pakej perkahwinan dengan harga berpatutan dan tawaran hadiah menarik.Jika teringin menikmati keenakan nasi goreng Tok Gajah atau siakap asam pedas, makanlah sepuasnya di sini.Selain itu, di kawasan sekitar Cherating banyak menjual ikan segar, keropok mentah dan lekor selain nasi dagang.

"Makanan laut memang popular di sini, Anda boleh kunjungi Gerai Pak Alang di Kampung Cherating.

"Teringin menikmati udara malam, susuri Sungai Cherating untuk melihat kelip-kelip di Ibok," katanya.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuantan, Pahang, resort itu boleh dikunjungi dengan kereta atau atau 35 minit dengan pesawat dari Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 09-5819898, 03-78064752, faksimili 09-5819797 atau laman web: www.suriaresorts.com.

Laporan Penuh Di Sini:

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...