Unknown



‘Toyol’ curi komputer riba

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh
pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Label: 0 ulasan | edit post
Unknown


Berendam air mata

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/11/30




Pelakon Ombak Rindu mengaku berdebar jayakan babak ranjang


SESUNGGUHNYA, tidak mudah melakukan adegan ranjang. Lebih-lebih lagi apabila pasangan gandingan sudah bergelar suami mahupun isteri orang.

Namun kerana tanggungjawab pada kerja, semua perasaan segan dan gementar dibuang jauh-jauh demi menghidupkan watak diberikan. Itulah yang terpaksa dihadapi Maya Karin apabila perlu beraksi intim dengan jejaka pujaan ramai, Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, yang mula ditayangkan 1 Disember.

Mungkin kerana mereka sangat komited terhadap tanggungjawab yang tergalas di bahu juga, babak aksi ranjang dilakukan sekali saja tanpa perlu diulang. Biarpun perasaan malu menerjah diri, dia dan Aaron sangat serius ketika menjayakan babak berkenaan.

“Sebelum melakukan penggambaran untuk babak itu, saya mengaku ada semacam perasaan pelik terbit dalam hati. Satu jam sebelum penggambaran pula, saya akui berdebar-debar bercampur takut kerana tidak pernah menjayakan adegan sedemikian rupa.

“Ketika penggambaran, saya membuat permintaan hanya mereka yang berkenaan saja dibenarkan masuk. Kami tak ambil masa yang lama pun untuk melakukan babak itu kerana kami masing-masing bersikap profesional dan faham, babak itu hanya untuk tujuan kerja,” kata Maya yang berjaya membawakan watak Izza dengan berkesan.

Tambahnya, Ellie Suriaty nyata banyak menolongnya menghayati watak Izza yang perlu bermain dengan perasaan dalaman. Watak Izza dalam filem arahan Osman Ali itu juga sememangnya menjadi idamannya. 

Dek penghayatan meyakinkan ditonjolkan dirinya dalam filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari itu, Maya dilihat mempunyai peluang besar untuk menggondol anugerah pada tahun depan. Namun dengan rasa rendah diri, wanita ini tidak mengharapkan semua itu.

“Filem ini memecah rekod lakonan saya selama ini kerana banyak membabitkan adegan air mata. Memang tak dinafikan ia sedikit memenatkan kerana saya perlu menangis hampir setiap masa dan perlu mengekalkan mood yang sama. Tapi bantuan Ellie Suriaty sebagai penasihat lakonan banyak membantu saya dari segi teknikal.

“Dia sering mengingatkan saya jangan sesekali terlepas mood, kerana sekali terlepas lakonan saya akan goyang. Tetapi saya seronok kerana saya memang mengidamkan watak Izza.

“Bagi memastikan mood tidak lari, saya sering terbawa-bawa watak Izza sehingga keluar set. Waktu sarapan pagi, atau makan tengahari, karakter Izza terus melekat dalam diri kerana saya ingat pesanan Ellie. Saya juga beruntung kerana Aaron memahami saya. Dia tidak pernah kacau kerana dia tahu saya berada dalam karakter,” katanya yang terpaksa mendengar muzik tradisional Terengganu dan berkunjung ke tempat tumpuan ramai wanita Melayu bertudung semata-mata untuk menghayati watak berkenaan.

'Tiada masalah babak ranjang' - Aaron

WATAK Hariz lakonan Aaron Aziz pasti membuai perasaan ramai peminat apabila filem itu mula diputarkan kepada umum. Hariz, lelaki yang sukar diduga dan pada mulanya membenci Izza, tetapi lama-kelamaan mula jatuh cinta pada wanita itu juga berjaya ditangani dengan baik oleh pelakon kelahiran Singapura ini.

Kata Aaron, isterinya cukup memahami kerjayanya sebagai pelakon. Wanita yang amat dicintainya itu juga tahu dia bakal melakukan babak ranjang, tetapi Diana Halik ternyata seorang yang cukup terbuka. 

Malah dia turut membaca skrip filem lakonan si suami.

“Saya tidak risau melakonkan babak ranjang kerana saya yakin pengarah tahu batas-batas yang perlu dijaga. Isteri pun tiada masalah, dia tahu saya berkerja malah dia sendiri berada di set penggambaran.

“Sebenarnya watak seperti seperti Hariz bukan kali pertama saya lakonkan. Dalam Badai Semalam, saya memegang watak Karim dan bagi saya watak itu tidak jauh bezanya dengan Hariz. Cuma sebagai Hariz, saya perlu lebih banyak bermain dengan emosi, sehingga saya sendiri tidak sedar yang saya mudah mengalirkan air mata dalam filem ini,” kata Aaron.

Tidak kisah walaupun tidak berpeluang bersaing dalam Festival Filem Malaysia untuk merebut gelaran pelakon terbaik, bapa kepada tiga cahaya mata ini sebaliknya lebih mementingkan kepuasan peminat. 

Sekiranya peminat berpuas hati dengan lakonannya, ia sudah memadai dan dianggap sebagai anugerah yang tidak ternilai.

“Walaupun tidak layak untuk dicalonkan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk memberikan lakonan yang berkesan. Bagi saya kepuasan peminat lebih penting buat diri saya. Jika peminat suka lakonan saya dan memberikan pujian, itu sudah buat saya rasa sangat puas hati,” katanya. 


Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








Unknown



Yana cantikkan lakonan

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

Norliana Samsudin


LAPAN tahun lalu, langkahnya bermula sebagai editor produksi. Setahun dia berada di posisi itu dan pada masa sama mencuba nasib sebagai penyanyi hingga terhasil album berjudul Yana Ceria.


Fokusnya terhadap kerja kreatif terpaksa dihadkan apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara selama tiga tahun. 



Pemilik nama Norliana Samsudin atau mesra membahasakan diri Yana ini hanya memikul tugas sebagai penyunting pada cuti semester dan pada 2007, dia diberi peluang oleh Metrowelth Pictures mengarah filem Selamat Pagi Cinta yang dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani. 

Tahun sama juga dia menjayakan filem Histeria sebagai penutup sementara kerjaya seninya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Usai menggenggam segulung ijazah, gadis kelahiran Yong Peng, Johor ini ditawarkan membintangi filem Adnan Sempit dan itulah permulaan pintu rezeki sebagai pelakon terbuka luas.



Tawaran datang mencurah-curah baik di layar kaca mahupun perak. Syukur...


berulang kali frasa itu dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerja keras dan kesabarannya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Biarpun terpaksa menunggu, manisnya tidak terucap dengan kata-kata. 

“Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual saya penuh dengan penggambaran filem, drama dan telefilem. Ada yang sudah ditayangkan, selebihnya keluar tahun depan. Boleh dikatakan saya berpuas hati kerana tahun ini saya dapat merasa pelbagai karakter dan kelainan. 

“Berdebar kerana tahun depan lima filem lakonan saya akan ditayangkan bermula dengan Adnan Sempit 2 pada 23 Februari diikuti Tiga Temujanji (5 April), 8 Jam, Aku Ada Kau Ada dan Minyak Dagu. 

“Saya bahagia usaha keras selama ini berbaloi dan pada usia muda, saya bekerja di belakang tabir, berlakon, mengarah, menulis skrip filem serta menyanyi. 
Syukur, rezeki Allah,” kata gadis berjiwa periang ini. 

Dipuji lakonannya semakin mantap, dengan merendah diri Yana berkata, andai itu disuarakan penonton, dia berbesar hati namun bagi dirinya apa yang dipersembahkan belum capai tahap piawaian yang disasarkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki malah proses pembelajaran tidak pernah bernoktah. 

Ulasnya, bermula dari bawah mendidiknya menjadi anak seni berjiwa penyabar, gigih berusaha, tahu apa itu makna bersyukur serta menghargai peluang yang hadir depan mata. Masih segar di kanvas memori, awalnya dia hanya diberi peranan pelakon tambahan. Ketika itu hanya ‘baju’ yang nampak di kaca TV, siapa sangka dia kini pelakon utama. 

“Umpama mimpi kerana saya tak pernah terfikir akan dapat peluang ini. Awal pembabitan, saya diberitahu susah naik kerana tidak ada pakej. Bagaimanapun selepas bertemu mereka yang menjelaskan apa sebenarnya makna berlakon, persepsi saya terhadap diri mula berubah. Frasa berlakon tak perlu cantik tetapi lakonan yang menampakkan pelakon cantik memberi 1001 makna kepada saya. Sejak itu keyakinan diri mula bertambah dan syukur Adnan Sempit melonjak nama saya.

“Kalau nak tahu gigi saya pun pernah jadi isu. Kata mereka kalau nak berlakon kena gigi cantik dan pada ketika itu saya nekad mahu pakai pendakap gigi. Saya sudah berjumpa doktor gigi dan ukuran sudah diambil. Fikir punya fikir, akhirnya saya batalkan hasrat itu. Gigi saya bukan jarang, cuma tidak rata.

“Nasib baik tak buat sebab ramai peminat cakap gigi saya ‘cute’. Alhamdulillah saya suka dengan apa yang saya ada dan terima seadanya. Tak perlu ubah atau tambah,” katanya seraya ketawa. 

Mengulas perkembangan terkini, sehingga penghujung bulan depan Yana terbabit dengan penggambaran Santau Merasuk arahan Azhari Zain untuk slot Seram TV3. 
Menerusi siri yang diadaptasi dari filem Santau ini, Yana menggantikan Puteri Mardiana. 

“Ini bukanlah projek seram pertama saya kerana sebelum ini saya pernah menjayakan Jangan Tegur Lagi dan Minyak Dagu. Pun begitu inilah kemunculan sulung saya sebagai teraju utama menerusi genre seram. Cabarannya memang berbeza kerana dalam projek terdahulu saya cuma melihat hantu tetapi kali ini saya yang terkena santau dan dirasuk. 

“Ketika menelaah skrip, saya sedar perlu persediaan lebih baik dari segi mental mahupun fizikal kerana ada banyak babak yang babitkan darah. Mengenali Abang Zack (Azhari Zain), filem seram garapannya pasti ada lintah, cacing dan ulat. 
Saya geli dengan semua itu dan tidak tahan dengan bau darah buatan. Jika masih segar, boleh tahan lagi tetapi andai disimpan sehari dua saya memang tak lalu.

“Apabila terhidu baunya saya akan rasa mual. Dalam siri ini ada banyak babak muntah darah, bayangkan saya kena letakkan darah itu dalam mulut. Suka atau tidak saya kena lalui kerana itu adalah tugas seorang pelakon. 

“Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok,” katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur. 

Ditanya bilakah dia akan kembali duduk di kerusi pengarah sambil tersenyum Yana berkata sejak dua tahun lalu hasrat itu bermain di tangkai hatinya namun belum ada kesempatan lantaran terikat dengan jadual penggambaran yang ketat. 

Pernah dia cuba mencari ruang tahun ini namun tidak betah menolak tawaran beraksi depan kamera. Bukan sikapnya tergamak menghampakan harapan pihak yang percayakan kemampuannya demi mengejar sasaran peribadi. 

“Sejak tahun lalu saya cakap mahu mengarah tetapi hingga ke hari ini belum berkesempatan. Kalau ikutkan skrip, sudah ada cuma masa tidak mengizinkan. 
Tawaran berlakon tidak putus-putus dan bagi saya selagi ada permintaan saya harus penuhi. 

“Maklumlah untung nasib pelakon tidak menentu. Ada masanya banyak tawaran dan ada ketikanya langsung tidak ada. Sementara ada permintaan ini, kita buat habis-habisan. 

“Mengarah bila-bila masa pun boleh. Insya-Allah, tengoklah tahun depan macam mana. Harap-harap menjadi,” katanya. 

Beralih ke perihal cinta, sepantas kilat Yana menjelaskan belum ada insan istimewa di hatinya. Bukan tidak ada cuba mendekati tetapi berat hatinya untuk menerima berikutan bimbang rutinnya yang padat akan menjadi punca ketegangan di kemudian hari. 

Justeru ada baiknya, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada karier terlebih dulu daripada ada hati terluka. Andai memahami tidak mengapa namun akal warasnya memintanya menimbang perkara ini sedalam-dalamnya kerana apabila ada rasa sayang pasti tinggi harapan yang disandarkan. 

“Bukan semua orang faham cara kerja anak seni yang tidak menentu masa. Tambahan dalam keadaan sekarang, saya belum bersedia kerana masa sangat terhad. 
Bayangkan jika ada insan istimewa di hati, pasti dia terkilan apabila saya tidak dapat melapangkan banyak masa dengannya. 

“Lagipun dalam soal hati dan perasaan, saya tidak mahu tergesa-gesa. Apabila tiba masanya nanti, saya pasti bertemu seseorang yang akan membuat saya ketawa dan tersenyum bahagia,” katanya.

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Label: 0 ulasan | edit post
Unknown



‘Linda tidak kongkong saya’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.
KUALA LUMPUR: “Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua,” kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.

Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.


Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, ‘Misteri Jalan Lama (MJL)’ di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain. 

“Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.



“Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser,” katanya.

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Label: 0 ulasan | edit post
Unknown


Trofi milik Anuar Zain

Oleh Rudy Imran Shamsudin

imran@hmetro.com.my

TUKAR TANGAN...(dari kiri) Edry, Yuna dan Anuar Zain pada sidang media rasmi AIM di sebuah hotel, semalam.


KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.


Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.


Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.




Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.


Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



Label: 0 ulasan | edit post
Unknown


Gelora hati Maia

Susunan Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
2011/11/19

Maia Estianty
Janda Ahmad Dhani akui harus beri nasihat pada anak apabila Al Ghozali terbabit minum arak

BAGAIKAN terjerat dalam sebuah perangkap sulit, Maia Estianty memilih untuk tidak memberikan kenyataan yang cuma mengeruhkan lagi situasi ketika anak sulungnya, Ahmad Al Ghozali berdepan situasi berat. Ketika foto Al sedang memegang botol arak beredar luas menerusi internet, Maia sebagai ibu turut merasai tempias itu. Namun, tiada apa mampu dilakukannya.

Situasi itu akui Maia, terlalu berat untuk dilalui Al, 14, membuatkan dia sedia menjadi tempat kepada anak remaja itu menuangkan seluruh isi hatinya. Biarpun sedih dan kecewa atas apa berlaku, wanita kelahiran Surabaya, Jawa Timur itu tidak pernah menyalahkan Al kerana enggan menambahkan lagi tekanan kepada anak yang kini dalam jagaan bekas suaminya, Ahmad Dhani.
“Semua orang pasti pernah berdepan keinginan mencuba sesuatu, didorong perasaan ingin tahu yang terlalu mendalam. Di sini peranan orang tua atau mereka yang berada di sekeliling untuk memberitahu mana baik, mana yang tidak. Al mengaku kesalahannya, malah sudah memohon maaf dan berjanji tidak lagi mengulangi kesilapannya. Kami sudah berbincang dari hati ke hati dan sebagai ibu, saya sentiasa di sisinya untuk memberi kata semangat,” kata Maia yang berpisah dengan Dhani pada 23 September 2008, sambil mengakui memerlukan teman untuk berbicara ketika berdepan situasi sulit seperti ini.

Biarpun kesempatan itu jarang beroleh, namun Maia tidak pernah membataskan komunikasi dengan anak-anak malah sentiasa bersikap terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik.

“Al jarang berbicara dengan ayahnya, justeru apa saja masalah pasti saya yang akan dicari. Mungkin secara fizikal kami berjauhan, namun hubungan ibu dan anak itu tidak akan pernah terpisah. Saya terpaksa memberi lebih perhatian kepada Al kerana dia begitu terkesan dengan perpisahan saya dan ayahnya. Banyak kekecewaan dalam dirinya yang harus saya tangani supaya Al tidak rapuh menempuh hidup. Setiap yang berlaku, saya akan berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak dan Alhamdulillah, doa saya sering dimakbulkan Tuhan,” katanya.

Karakter keras bekas suaminya kata Maia, membuatkan anak-anak terpaksa mencuri-curi waktu untuk bersamanya. Biar pernah beberapa kali dia cuba berkomunikasi dengan Dhani, namun ketua Dewa 19 itu tidak pernah bersedia mendengar permintaannya dan anak-anak. 
“Sama ada mereka ke rumah saya atau saya keluar bertemu anak-anak, semuanya dilakukan diam-diam. Jika saya meminta izin Dhani, pasti tidak boleh. Jadi mahu atau tidak, saya mencuri waktu sebagai seorang ibu untuk melepas rindu kepada anak-anaknya. Bila isu ini terjadi, saya berusaha untuk bertemu Al kerana dia memerlukan sokongan seorang ibu,” katanya.

Penyebaran foto Al merokok dan meneguk minuman keras memaksa Dhani memperketatkan pengawasan terhadap anaknya itu, malah daripada ibunya sendiri. Dhani bagaimanapun, akan menggunakan perantara untuk berbincang dengan Maia mengenai perkara itu malah menetapkan syarat tertentu supaya tidak memburukkan lagi situasi.

“Maia tidak boleh sesekali merokok di depan anak-anak, apatah lagi mengajar mereka berhibur di kelab. Jika hal itu dipersetujui Maia, anak-anak bebas menemuinya bila-bila masa saja,” kata Dhani sambil menyifatkan ia cuma alasan apabila memberi Al merokok dan mengambil minuman keras kerana ingin lari daripada masalah orang tuanya.

“Usah salahkan orang lain. Saya pernah melihat ibunya merokok di depan anak-anak, jadi bagaimana jika perbuatan itu tidak menjadi ikutan?

Saya akan perkara itu biasa jika bukan berlaku di rumah ibunya sendiri. 
Bagaimana saya mahu percaya dia mampu mendidik anak-anak dengan baik? Seorang ibu tidak boleh merokok. Berhibur itu tradisi, saya tidak melarang tetapi ibunya pula yang mengajar,” katanya. 

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.












Unknown




Dia tetap di hati

Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my
2011/11/24

Shahz Jaszle, Neelofa intim dalam Azura 2012
ANTARA persembahan yang diselitkan ketika malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada Ahad lalu adalah menampilkan aksi memaparkan sedutan babak dalam filem Azura 2012 arahan Aziz M Osman.
Babak selama kira-kira dua minit itu, menampilkan dua bintang muda yang semakin mendapat perhatian, Shahz Jaszle dan Neelofa. Shahz mendokong watak Zack yang asalnya dilakonkan oleh Jamal Abdillah, manakala Neelofa sebagai Azura iaitu peranan yang dimainkan oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy.
Keintiman dua pelakon sebagai pasangan kekasih ini nampak terserlah ketika Shahz Jaszle dan Neelofa apabila mereka digandingkan untuk sesi fotografi ini. 
Adakah jejaka yang setakat ini menonjol dalam dunia lakonan akan mampu menyerap roh Zack dalam filem Azura pada awal 1984 ke dalam versi Azura 2012 tidak lama lagi. 

Melihat kepada gambar yang dipaparkan, adakah juga keintiman mereka sepanjang penggambaran Azura 2012 terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi? Ini kerana aksi mereka tidak kelihatan sebarang kejanggalan, malahan sangat mesra sekali. 

Persoalan itu bermain di fikiran sesiapa saja termasuk pelakon utama filem arahan Aziz yang akan menemui peminat pada Februari tahun depan. Jika Jamal Abdillah diangkat sebagai pelakon dan juga penyanyi lagu yang menjadi kegilaan ketika itu, Azura, adakah Shahz juga akan mengikut rentak Jamal dalam menguasai filem itu sehingga kesan lakon layarnya mampu diingati sehingga hari ini.

Bertemu pelakon yang dikatakan sedang hangat menjalinkan cinta bersama pelakon seksi, Miera Liyana pada pelancaran filem Azura 2012 baru-baru ini, dia tidak menafikan berdebar menanti reaksi penonton namun sudah memberikan yang terbaik kepada filem itu.

Indahnya lagi apabila perjalanan seni anak muda ini sentiasa diapit si kekasih. Buktinya, Miera turut berada di majlis itu. Begitu juga ketika sesi temubual dijalankan. Ini sekali gus membuktikan hubungan dengan Neelofa tidak lebih daripada ‘pasangan kekasih’ dalam filem semata-mata.

Realitinya, Mira sentiasa melekat di sebelah kekasihnya itu dan ibarat belangkas hubungan mesra itu dapat ditafsirkan kala mata memandang keakraban yang terpamer.

Sesekali mata Shahz dilihat terarah kepada Miera yang kelihatan begitu manja di sebelahnya dan melemparkan senyum mesra kepada kekasih hati. Apa yang dapat dinoktahkan cinta mereka cukup hangat.

“Saya bersedia menerima pandangan penonton jika dibandingkan watak Zack yang dibawakan saya dan juga Jamal Abdillah tetapi saya membawakan perwatakan Zack dari sudut pandang yang berbeza.

“Di bawah arahan Aziz M Osman, cerita juga dilihat pengarah melalui sudut pandang seorang pengarah yang berbeza. Saya menjadi diri saya dan tidak terikat kepada watak Zack yang dibawa oleh Jamal sebelum ini,” katanya.

Tak tengok, takut terikut-ikut 

Shahz berterus terang memberitahu, jika orang lain menonton filem cinta penuh melankolik itu berpuluh kali sepanjang hayat, tidak baginya yang hanya menonton filem itu hanya sekali saja. Itu pun beberapa tahun yang lalu atas dasar tidak ada rasa terpanggil untuk menontonnya.

“Sekali saja saya pernah tonton. Rasanya lima tahun lalu. Apabila memegang peranan sebagai Zack, saya terus ambil keputusan untuk tidak menonton filem ini. Bukan apa, saya tidak mahu terpengaruh dengan cara lakonan Jamal. 

“Lagipun saya perlu membawa watak Zack yang saya perlu imaginasi sendiri dan mengikut kehendak skrip,” katanya yang berharap tidak akan menjadi bahan perbandingan sebaik filem itu ditayangkan kepada umum kelak.

Berkali-kali meluahkan rasa bimbang jika mendapat kritikan hanya disebabkan dirinya bukan seperti bakat seni bernama Jamal Abdillah, Shahz berkata antara kelainan yang bakal dilihat penonton adalah dari segi Zack berpakaian yang menjurus ke alam moden.

“Selain watak Zack yang banyak bermain dengan emosi, mungkin cara berpakaian Zack yang ditampilkan dalam Azura lalu dan Azura kini adalah berbeza,” katanya.

Mengusik Shahz yang dicap sebagai artis cinta lokasi apabila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pasangannya dalam drama mahupun filem, Shahz ada jawapannya.

“Saya tidak ada masalah berlakon dengan Neelofa. Sejujurnya dari A hingga Z, saya banyak membimbing dia. Jika ditanya, adakah saya jatuh cinta kepadanya jawapannya adalah tidak. 

“Sikap, perangai dan cara kami berfikir adalah berbeza. Mungkin jika bercinta tidak akan kekal lama kerana tidak ada keserasian akan dicapai,” katanya jujur.

Berbicara soal kerjaya pula, Shahz berkata dia banyak menerima tawaran untuk berlakon dan terbaru dia akan menjalani penggambaran di Australia.

“Saya akan menjalani penggambaran drama di Australia dengan salah sebuah stesen televisyen swasta Disember ini. Selepas itu akan ada tawaran di lokasi yang sama tetapi di bawah produksi yang berbeza,” katanya yang memberitahu sudah lima tahun berada di dalam bidang lakon serta berharap akan bergelar pengarah filem satu hari nanti kerana ia impian hatinya selain mengakui lebih gemar berlakon filem daripada drama. 

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Unknown



‘Polis’ kebas RM263,000


KUALA LUMPUR: Gandingan seorang lelaki yang menyamar anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama seorang wanita sebagai pegawai Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memperdaya seorang mekanik kereta sebelum melesapkan wang bernilai RM263,000 miliknya, kelmarin.

Mangsa, Teoh, 27, berkata pada jam 1.30 tengah hari pada 22 November lalu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Koperal Marul, anggota JSJK Bukit Aman dari nombor telefon 03-2266xxxx yang mendakwa pihaknya menemui maklumat dirinya terbabit jenayah penipuan Black Money. “Pada mulanya saya tidak mengendahkan panggilan itu sebelum menerima satu lagi panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri Aini daripada MOF yang turut memaklumkan perkara sama sehari kemudian,” katanya, semalam. Katanya, wanita terbabit menyatakan siasatan perlu dilakukan ke atas akaun bank mangsa dan meminta dia memindahkan wang RM263,000 ke dalam dua akaun berlainan untuk tujuan siasatan dan berjanji memulangkan wang berkenaan selepas siasatan selesai.


“Selepas memasukkan wang berkenaan kelmarin pada jam 12.30 tengah hari, saya menghubungi nombor telefon 03-2266xxxx itu semula untuk bercakap dengan Koperal Marul, tetapi seorang pegawai polis wanita memaklumkan tiada pegawai seperti itu di JSJK.

“Pegawai berkenaan meminta saya membuat laporan polis kerana sudah tertipu,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya sebelum kes berkenaan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.










Label: 0 ulasan | edit post
Unknown




Yuna terkilan

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

YUNA...kewibawaan AIM terjejas

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.


“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.


“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.



Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.


Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.


Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.


Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.


Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.



“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.



“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.



Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.



“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.



“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Label: 0 ulasan | edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...