Unknown

Amah kebas RM50,000

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia awal 20-an mencuri wang tunai dan barang kemas majikannya bernilai RM50,000 di Taman Putra, di sini, kelmarin.

Namun tindakan itu berjaya dihidu majikannya sebelum menyerahkannya kepada polis. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 50-an hanya menyedari kejadian itu selepas pulang dari pasar bersama suaminya. Difahamkan, pembantu rumah berkenaan yang sedang mengemas bilik majikannya itu, ‘rambang mata’ selepas melihat barang kemas bernilai RM50,000 dan wang tunai disimpan dalam sebuah almari. Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, ketika kejadian pembantu rumah itu berada bersama anak mangsa yang berusia 20-an di rumah berkenaan. Menurutnya, mangsa hanya menyedari barangan berharga miliknya lesap selepas melakukan pemeriksaan dalam almari pakaiannya.

“Dia bertanyakan kepada anaknya mengenai kejadian berkenaan sebelum bergegas mencari pembantu rumahnya itu. “Kedua beranak itu kemudian memeriksa bilik pembantu rumahnya, tetapi gagal menemui semula barangan berharga berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan bersama pembantu rumah itu.

Abdul Jalil berkata, kes itu sedang disiasat dan pembantu rumah terbabit kini direman empat hari bermula semalam.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya.

Laporan Penuh Di Sini:

myMetro | Amah kebas RM50,000
1 Response
  1. Unknown Says:

    Hati2lah simpan barang berharga.Dah banyak sangat barang kemas simpan di tempat berkuncilah?Bukan amah saja rambang mata.Pencuri pun rambang mata juga.Jangan lupa bayar zakat emas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...