Unknown
Eruwan Gerry Affiliates

Fong Ying Raih Emas


SYABAS...Shabery (kanan) dan Zolkples mengucapkan tahniah kepada Fong Ying, semalam.

JAGUH wushu wanita negara, Chai Fong Ying menggembirakan kontinjen Malaysia apabila muncul atlet pertama memecah kebuntuan pingat emas pada hari ketiga Sukan Asia Guangzhou, semalam.


Fong Ying mencatat markah tertinggi dalam acara Taijiquan dan Taijijian dengan 19.36 mata mengetepikan pencabar dari Jepun, Ai Miyaoka yang meraih perak (19.34) dan Wen Ching Ni dari Taiwan, gangsa (19.33). 


Kejayaan gadis manis dari Batu Berendam, Melaka itu turut diraikan bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek dan Chef de Mission negara, Datuk Zolkples Embong yang turut hadir menyaksikan Jalur Gemilang dinaikkan serta gema Lagu Negara Ku berkumandang di Gimnasium Nansha.

“Saya tidak tahu apa nak kata. Perasaan saya hari ini melonjak-lonjak keriangan kerana selain menghadiahkan pingat emas pertama negara, saya berjaya mempertahankan kejuaraan ini yang dimenangi pada Sukan Asia Doha, empat tahun lalu.


“Harapan saya supaya pingat emas ini menjadi pembakar semangat untuk rakan wushu dan sukan lain berusaha mencapai sasaran sembilan pingat emas dalam acara masing-masing,” katanya tersenyum.


Mengulas persembahannya semalam, Fong Ying, 24, mengakui dia agak tertekan kerana dicabar hebat dua peserta, Miyaoka dan L Lindswell dari Indonesia.

“Kami terikat apabila berkongsi mata 9.67 dalam acara Taijijian dan penentuan adalah bagi Taijiquan.

“Kutipan 9.69 mata pada saya belum selamat tetapi lega apabila Miyaoka hanya mendapat 9.67 mata. Debaran saya bertambah kencang sebaik Lindswell menggayakan aksi cukup menarik.

“Gerakannya sempurna tetapi kesilapan kakinya ketika melakukan teknik sukar mengakibatkan markahnya sedikit. Dia hanya mengutip 9.43 sahaja. Saya sedar kesilapan itu menjamin pingat emas buat saya dan Malaysia,” katanya.


Laporan Penuh Di Sini:



1 Response
  1. Unknown Says:

    Tahniah kepada yang pemenang pingat dan memberi sokongan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...