Unknown

Lambaian Kaabah: 10 anak biaya pemergian ibu, ayah

KELANA JAYA: “Jasa dan pengorbanan mak cik membesarkan anak selama ini dibalas apabila semua anak mak cik mengumpul wang untuk membiayai perbelanjaan ke Tanah Suci,” kata Rakiah Ismail, 62, dari Pasir Mas, Kelantan.

Dia antara 356 jemaah haji kumpulan ke-78 (KT78) yang ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya, di sini, semalam.

Rakiah berkata, tidak salah bagi seorang ibu menghargai jasa anaknya, apatah lagi apabila mereka berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan hati ibu bapa.

Menurut ibu kepada 10 cahaya mata itu, hatinya tenang apabila mengenangkan semua anaknya berjaya dalam bidang masing-masing, sekali gus dapat merealisasikan impian hatinya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Mak cik mendaftar nama di Tabung Haji pada 2002 dan sejak saat itu, anak-anak berusaha mencukupkan tabungan mak cik. “Alhamdulillah, berkat kekuasaan-Nya tahun ini mak cik berpeluang menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci.

“Tambah menggembirakan hati mak cik apabila dapat mengerjakan Rukun Islam kelima ini bersama suami kerana memang impian hati kami sejak berkahwin untuk bersama-sama mengerjakan haji,” katanya.

Dia berkata, doa dan harapan supaya anak-anaknya sihat sejahtera sentiasa dipanjatkan ke hadrat Ilahi dan berazam mendoakan yang terbaik untuk seluruh keluarga ketika di Tanah Suci.

Katanya, dia berharap haji yang dikerjakannya bersama suami itu dirahmati selain menerima segala ketentuan ditetapkan Yang Maha Esa buatnya jika terjadi sebarang perkara ketika mengerjakan haji.

Sementara itu, keriangan jelas terpancar pada wajah Zahidi Alias, 55, dari Rembau, Negeri Sembilan yang berpeluang mengerjakan haji buat kali pertama walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.

Laporan Penuh Di Sini:

myMetro | Lambaian Kaabah: 10 anak biaya pemergian ibu, ayah
1 Response
  1. Unknown Says:

    Syukur alhamdulillah.Aku bila lagi?Mak ayah aku macam mana?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...