Unknown



Tidak lucah tapi sedikit erotik!


LADY Gaga, sila ke tepi! Kini sudah ada ciptaan baru yang boleh meminggirkan baju daging anda!

Muzium di Berlin kini menggabungkan busana anggun dengan sajian unik menyebabkan lensa kamera tertumpu kepada model yang menggayakan baju tunik sotong kurita, skirt pendek rumpai laut dan gaun coklat. 

Rekaan Chef Roland Trettl menarik perhatian jurukamera Helge Kirchberger yang merakamkan hampir 50 keping gambar untuk dimuatkan dalam pameran Fesyen Makanan di Muzium Komunikasi di ibu negara Jerman yang berlangsung hingga 29 Januari depan. 

Pameran itu ‘membedah’ makna fesyen selain membentangkan tanggapan kepenggunaan dan ketahanan di kalangan masyarakat kaya.


“Imej ini tidak tidak lucah, tetapi ia mempunyai sedikit unsur erotik, menggoda dan mampu menimbulkan tanda tanya


“Ini adalah antara cara meraikan makanan. Sudah sampai masa untuk kita memikirkan sikap kita terhadap makanan terutama apabila anda memikirkan jumlah makanan yang dibuang setiap tahun di Jerman termasuk 5,000 tan roti yang dibazirkan. 

“Kita perlu fikir bagaimana perkembangan industri makanan dalam masyarakat kita,” kata Pengarah Muzium, Lieselotte Kugler, selepas perasmian pameran yang digayakan dua model hidup. 

Tahun lalu ramai terbeliak melihat penyanyi terkenal, Lady Gaga muncul dengan gaun yang dibuat daripada daging mentah dalam majlis anugerah (yang menurutnya simbolik untuk memperjuangkan hak asasi manusia). 

Apa pun tafsiran yang dibuat, hakikatnya dalam soal makanan, ada banyak sajian yang boleh diperbaiki bagi memperoleh pemakanan seimbang. 

Antara hasil kerja bertajuk Russian Lardo memaparkan selendang hitam halus daripada pasta dakwat sotong dan hiasan kepala yang ditenun menggunakan daun salad, cili merah dan selada Daikon. Turut dipamerkan ialah model lelaki memakai baju daripada isi ikan salmon dan seluar daun salad. 

“Kebanyakan makanan yang digunakan dalam pameran ini tidak dibuang. 

“Sotong kurita dimasak tiga hingga empat jam sehingga ia lembut dan pasta pula direbus. Kami makan makanan ini beramai-ramai,” kata Kugler selepas sesi penggambaran. 

Sebenarnya Kugler dan Trettl sudah empat tahun bekerjasama dalam pelbagai projek, tetapi pameran kali ini adalah kerjasama terbesar yang dibuka kepada orang awam. 

Malah, mereka juga menerbitkan buku yang me–ngandungi pelbagai gambar daripada pameran ini yang dilengkapkan dengan resipi dan kata-kata daripada pengkritik fesyen bercita rasa tinggi, Vivienne Westwood. 

“Saya teringin hendak mencuba resipi dalam buku ini, tetapi biarlah orang lain yang masak,” kata pereka British mengenai panduan masakan menggunakan bahan daripada ‘baju’ dalam gambar berkenaan. 

Bahkan, dia turut membandingkan gambar dalam pameran berkenaan dengan karya pelukis Itali, Giuseppe Arcimboldo pada abad ke-16 yang memasukkan imej buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hasil kerjanya. 

Rekaan yang turut mendapat perhatian ialah apabila Trettl mengubah ‘jaringan anak lembu’ - iaitu membran berlemak daripada perut anak lembu - kepada selendang yang dipadankan dengan rantai dibuat daripada telur burung puyuh. 

Keunikan pada baju mandi daripada coklat terserlah apabila ia digandingkan 
dengan hiasan mutiara gula. 

“Tentu saja coklat yang menyalut badan model akan dicuci. Ia memang tidak dapat ‘diselamatkan’. Anda cuma ada masa dua minit untuk mengambil gambar bikini coklat ini sebelum ia kering dan merekah. 

“Namun, dengan bantuan 20 kru, tugas ini dapat dilaksanakan. Ini adalah hasil seni yang unik yang menggabungkan makanan, model, jenis dan bentuk bahan,” kata Kugler. - AFP


Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Label: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...