Unknown



Pertembungan maruah

ONG Kim Swee memberi amanat terakhir kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir
di Jakarta semalam, menjelang pertemuan dengan Indonesia, hari ini.
JAKARTA 20 Nov. – Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun ‘semangat 1979’ menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.

Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.

Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.

Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.

Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.
Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.

Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.

“Tidak banyak yang boleh saya lakukan kerana masalah ini, saya terpaksa menurunkan pemain yang ada. Mujurlah Thamil dan Yong boleh beraksi di mana-mana posisi depan.

“Thamil dan Yong saya harap dapat mengimbangi kepantasan sayap kiri Indonesia menerusi pemain mereka Octovianus dan sayap kanan mereka, Titus Bonai.

“Kita tidak boleh ambil kira perlawanan dengan Indonesia sebelum ini kerana skuad mereka esok pasti sama sekali berbeza,’’ kata Kim Swee. - Utusan

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.










0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...