Unknown


Gelora hati Maia

Susunan Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
2011/11/19

Maia Estianty
Janda Ahmad Dhani akui harus beri nasihat pada anak apabila Al Ghozali terbabit minum arak

BAGAIKAN terjerat dalam sebuah perangkap sulit, Maia Estianty memilih untuk tidak memberikan kenyataan yang cuma mengeruhkan lagi situasi ketika anak sulungnya, Ahmad Al Ghozali berdepan situasi berat. Ketika foto Al sedang memegang botol arak beredar luas menerusi internet, Maia sebagai ibu turut merasai tempias itu. Namun, tiada apa mampu dilakukannya.

Situasi itu akui Maia, terlalu berat untuk dilalui Al, 14, membuatkan dia sedia menjadi tempat kepada anak remaja itu menuangkan seluruh isi hatinya. Biarpun sedih dan kecewa atas apa berlaku, wanita kelahiran Surabaya, Jawa Timur itu tidak pernah menyalahkan Al kerana enggan menambahkan lagi tekanan kepada anak yang kini dalam jagaan bekas suaminya, Ahmad Dhani.
“Semua orang pasti pernah berdepan keinginan mencuba sesuatu, didorong perasaan ingin tahu yang terlalu mendalam. Di sini peranan orang tua atau mereka yang berada di sekeliling untuk memberitahu mana baik, mana yang tidak. Al mengaku kesalahannya, malah sudah memohon maaf dan berjanji tidak lagi mengulangi kesilapannya. Kami sudah berbincang dari hati ke hati dan sebagai ibu, saya sentiasa di sisinya untuk memberi kata semangat,” kata Maia yang berpisah dengan Dhani pada 23 September 2008, sambil mengakui memerlukan teman untuk berbicara ketika berdepan situasi sulit seperti ini.

Biarpun kesempatan itu jarang beroleh, namun Maia tidak pernah membataskan komunikasi dengan anak-anak malah sentiasa bersikap terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik.

“Al jarang berbicara dengan ayahnya, justeru apa saja masalah pasti saya yang akan dicari. Mungkin secara fizikal kami berjauhan, namun hubungan ibu dan anak itu tidak akan pernah terpisah. Saya terpaksa memberi lebih perhatian kepada Al kerana dia begitu terkesan dengan perpisahan saya dan ayahnya. Banyak kekecewaan dalam dirinya yang harus saya tangani supaya Al tidak rapuh menempuh hidup. Setiap yang berlaku, saya akan berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak dan Alhamdulillah, doa saya sering dimakbulkan Tuhan,” katanya.

Karakter keras bekas suaminya kata Maia, membuatkan anak-anak terpaksa mencuri-curi waktu untuk bersamanya. Biar pernah beberapa kali dia cuba berkomunikasi dengan Dhani, namun ketua Dewa 19 itu tidak pernah bersedia mendengar permintaannya dan anak-anak. 
“Sama ada mereka ke rumah saya atau saya keluar bertemu anak-anak, semuanya dilakukan diam-diam. Jika saya meminta izin Dhani, pasti tidak boleh. Jadi mahu atau tidak, saya mencuri waktu sebagai seorang ibu untuk melepas rindu kepada anak-anaknya. Bila isu ini terjadi, saya berusaha untuk bertemu Al kerana dia memerlukan sokongan seorang ibu,” katanya.

Penyebaran foto Al merokok dan meneguk minuman keras memaksa Dhani memperketatkan pengawasan terhadap anaknya itu, malah daripada ibunya sendiri. Dhani bagaimanapun, akan menggunakan perantara untuk berbincang dengan Maia mengenai perkara itu malah menetapkan syarat tertentu supaya tidak memburukkan lagi situasi.

“Maia tidak boleh sesekali merokok di depan anak-anak, apatah lagi mengajar mereka berhibur di kelab. Jika hal itu dipersetujui Maia, anak-anak bebas menemuinya bila-bila masa saja,” kata Dhani sambil menyifatkan ia cuma alasan apabila memberi Al merokok dan mengambil minuman keras kerana ingin lari daripada masalah orang tuanya.

“Usah salahkan orang lain. Saya pernah melihat ibunya merokok di depan anak-anak, jadi bagaimana jika perbuatan itu tidak menjadi ikutan?

Saya akan perkara itu biasa jika bukan berlaku di rumah ibunya sendiri. 
Bagaimana saya mahu percaya dia mampu mendidik anak-anak dengan baik? Seorang ibu tidak boleh merokok. Berhibur itu tradisi, saya tidak melarang tetapi ibunya pula yang mengajar,” katanya. 

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.












0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...