Unknown
Taylor mesra peminat


Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my



DEMI PEMINAT...Taylor menyanyikan 13 lagu popularnya bersama peminat sambil bermain gitar.

JIKA sudah minat, berbelanja membeli tiket berharga beratus-ratus dolar pun tidak mengapa. Yang penting, janji hati puas menyaksikan artis pujaan beraksi.

Bagi mereka, kehadiran Taylor Swift menjayakan Speak Now World Tour 2011 di Stadium Tertutup Singapura, Rabu lalu, memang pengalaman pasti sukar dilupa dan penuh makna. 



Bukan saja menyaksikannya menyanyi ‘live’ malah mendengar sendiri ratu ‘country pop’ memenangi 73 pelbagai anugerah muzik Amerika Syarikat bercerita latar lirik lagu ciptaannya memaparkan mesej mengenai kecekalan hidup.  Dua jam sebelum membuat penampilan sulungnya, ribuan peminat ‘teruja’, ada mengenakan t-Shirt terpampang enam abjad, ‘Taylor’ berkampung di luar stadium.

Mereka membawa sepanduk, pemidang, rangka gambar dan poster malah ada sekumpulan peminat fanatik menggelar diri ‘Swifts’ bermain gitar menyanyikan beberapa lagu popular penyanyi dari Pennsylvania itu.
Sebaik muncul atas pentas jam 8.20 malam, jeritan serta laungan tidak henti-henti nama Taylor jelas kedengaran daripada setiap penjuru ruang arena.



Beraksi atas pentas dua tingkat, penyanyi berambut perang berusia 21 tahun menyampaikan nyanyian dan ‘sing along’ bersama ribuan peminat sambil mengalun gitar akustik, elektrik, ukelele dan piano.

Bukan itu saja, tujuh pemuzik mengiringi mempamer aksi hebat bermain lebih 20 gitar dan instrumen, antaranya gitar 12 tali, banjo, bass dan biola.

Apa yang pasti, 13 lagu daripada album Speak Now meraih tiga anugerah platinum dan dua album sebelum ini, memikat lebih 10,000 penonton, dengan ada sanggup datang dari Australia dan Amerika Syarikat.

Kematangan Taylor terpancar sewaktu menceritakan latar beberapa lagu dicipta zaman remaja, mengenai patah hati dan percintaan.

Lagu-lagu didendangkan pula memang dikenali peminat seperti Sparks Fly, Mine, Speak Now, Fifteen, Fearless, You Belong To Me, Long Live, Enchanted dan Love Story dan beberapa lain.

Dengan montaj menarik, Taylor mengenakan lima kostum, beberapa elemen video, persembahan grafik dan pencahayaan ‘saturation’ merah seperti suasana makmal proses foto hitam putih.

Kata Taylor, dia berbesar hati memulakan persembahan sulung sempena Speak Now World Tour 2011 di salah satu negara Asia Tenggara.

“Kami terharu mendapat sokongan hebat penonton. Anda semua sangat baik melayan kehadiran kami di sini.

“Kami tidak akan melupakannya dan tidak akan berhenti menyayangi anda semua,” kata pemenang empat kali Anugerah Grammy pada pertengahan konsert selama satu setengah jam.

Sebelum ini, Taylor mendedahkan menghabiskan banyak masa menulis lagu dan lirik dalam proses menyiapkan rakaman Speak Now.

“Tidak kira apa bahasa kita bercakap, betapa jauh jarak kita dipisahkan atau apa, yang penting kita semua menghargai dan sayang satu sama lain,” katanya.

Ditanya kepada peminat berketurunan Asia dan beberapa Eurasia, mengapa mereka sayang Taylor sedangkan tidak pernah bertemunya. Jarak juga agak jauh kerana masing-masing dipisahkan lebih 16,000 kilometer kerana Taylor menetap
di Nashville, Texas.

Sewaktu Sesi Bertemu Peminat (MGS), Taylor nyata begitu menghargai kehadiran mereka (peminat) dan tidak keberatan memeluk dan bertanya khabar. Selain itu, Taylor dianggap seorang pejuang nasib kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan penderaan seksual.

Ucapan mesra seperti ‘how are you? ‘thank you so much for coming’, ‘nice to meet you all’, antara beberapa perkataan keluar sewaktu bertentang mata dengan penyanyi bermata biru dengan ketinggian enam kaki ini pada sesi bersama peminat sejam sebelum konsert.

Apa yang pasti, sekumpulan peminat Malaysia membawa sepanduk ‘Taylor, Please Come to Malaysia’, begitu gembira berkongsi detik manis konsert itu.

Konsert Speak Now World Tour 2011 membawa Taylor menjelajah empat benua dengan 90 persembahan di 19 negara. Taylor tersenarai di tangga ke-12 sebagai selebriti berpendapatan paling tinggi mencecah RM149 juta (AS$45 juta) sepanjang tahun lalu.



Laporan Penuh Di Sini:


1 Response
  1. Unknown Says:

    Taylor Swift menjayakan Speak Now World Tour 2011 di Stadium Tertutup Singapura,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...