Unknown










Earth Hour 2012 Pada 31 March 2012


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Saya amat menyokong langkah yang dilakukan oleh WWF(World Wide Fund for Nature.Bukan WWF lawan gusti 2) dalam program Earth Hour 2012 yang bakal berlangsung pada 31 March 2012 jam 8.30 malam di serata dunia. Semasa ia dilaksanakan serata dunia akan bergelap kerana  lampu dan peralatan elektrik akan ditutup selama satu jam. Acara ini adalah acara tahunan yang pastinya memberi impak yang sangat baik. Ia mengajar kita untuk berjimat cermat dalam mengunakan tenaga elektrik dan ia dapat membantu menjimatkan kos dan pengunaan arang batu.

Earth Hour ini akan disokong oleh 5251 bandaraya dan melibatkan 135 buah negara termasuklah negara tercinta kita Malaysia. Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut serta dengan Earth Hour kali ini !!!  Caranya sangat mudah untuk sertai Earth Hour ini iaitu anda hanya perlu memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam. Maknanya pada masa tersebut saya galakkan kita berada di rumah dan memaklumkan kepada ahli kelurag kita terutamanya anak-anak kita apakah yang dimaksudkan Earth Hour ini. Mudah bukan? Jadi ayuh turut serta selamatkan planet kita ini.




Serba ringkas mengenai fakta Earth Hour :
Earth Hour adalah acara global anjuran WWF (World Wide Fund for Nature).
Aktiviti utama : Memadamkan lampu selama 60 minit.
Tujuan: untuk meningkatkan tahap kesedaran dalammenangani isu perubahan iklim.
Tahun 2011- sebanyak 18 Billion Penduduk mengambilbahagian.
Tahun 2010 - 4,616 bandar daripada 126 negaramengambil bahagian.
Tahun 2009 - 2,100 bandar daripada 35 negara dan 1 billion penduduk mengambil bahagian
Tahun 2008, -400 bandar di seluruh dunia dengan 6.5juta penduduk.
Bermula tahun 2007, seramai 2.2 juta penduduk diSydney mengambil bahagian.

Nota:
Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



Label: 0 ulasan | edit post
Unknown










Liyana Jasmay Sudah Bertunang



Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Tahniah buat penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24 kerana kini bergelar tunangan orang apabila selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.


Di majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Manakala pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung. Liyana Jasmay tampil anggun dengan baju rekaan Rizman Ruzaini yang dianggarkan bernilai RM10,000.


Pihak lelaki memilih tema warna kelabu , manalaka keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu, pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.



Istimewanya, majlis pertunangan ini turut diadakan bersempena ulangtahun kelahiran Liyana ke-24 yang jatuh pada hari yang sama. Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2013.


Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Kita doakan supaya majlis perkahwinan kelak berjalan dengan lancar dan kekal sehingga ke anak cucu. Amin

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Label: 0 ulasan | edit post
Unknown




Awal dan Scha Dijangka Bernikah Pada 4 Mei

SERASI...Awal dan Scha pada majlis pengumuman perkahwinan mereka, semalam.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Insyallah, pada 04 Mei 2012, Scha Alyahya, 28, dan Awal Ashaari, 30, akan melaksanakan majlis akad nikah yang dirancang akan dilaksanakan di Hotel Pullman Putrajaya, pada jam 8 malam.

Pada sidang media khas di Ampang, Kuala Lumpur semalam, mereka juga mengumumkan majlis persandingan kedua-dua belah pihak akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari kemudian iaitu pada 06 Mei 2012.

Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.

Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.

Keluarga saya datang menghantar cincin risik dan tunang pada ulang tahun ke-28 Scha, 30 Mei tahun lalu.

Bukan mahu berahsia, majlis itu hanya sederhana ditambah keadaan ibu saya yang kurang sihat pada waktu itu.

“Malah faktor lokasi juga tidak mengizinkan kerana kalau boleh, kami mahu mencari tempat yang boleh menampung tetamu kedua-dua belah keluarga dengan anggaran 1,500 jemputan. Pada masa sama, kita memberi laluan kepada rakan artis lain yang lebih dulu meraikan hari bahagia.

“Selepas mempertimbangkan pelbagai faktor, lebih molek memilih lokasi selesa seperti PICC untuk kenduri ini,” katanya yang mula berkenalan dengan Scha ketika mengacarakan Sehati Berdansa. 

Memaklumkan persiapan kini hampir 70 peratus selesai, mereka yang menghadiri kursus kahwin Januari lalu menggunakan khidmat Syaiful Baharim sebagai pereka busana pengantin, manakala Razak Ahmad daripada Flora Etc dipertanggungjawabkan menata dewan dan pelamin.












Mengenai siaran eksklusif hari bersejarah mereka, Scha atau berbesar hati apabila saluran Astro Ria dan Warna sudi berkongsi detik manis itu, bermula lamaran yang disiarkan menerusi program Propaganza, hingga berlangsung majlis sebenar menerusi enam episod khas.

“Difahamkan, siaran yang bermula 13 April hingga 18 Mei membabitkan empat episod praperkahwinan disusuli pernikahan yang disiarkan secara langsung selain satu episod rakaman persandingan,” katanya.

Bagi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu, lamaran kekasihnya menerusi program yang disiarkan secara langsung minggu lalu antara faktor menguatkan lagi keyakinannya terhadap hasrat Awal menyuntingnya sebagai suri hati.

Tidak pernah terfikir olehnya teman setia yang melalui susah dan senang bersama sepanjang dua tahun terakhir ini akan berbuat demikian, disaksikan ramai penonton.

“Sebagai insan, kita melalui pelbagai perubahan. Apa yang berlaku akan datang kita tidak tahu. Saya kenal dia seadanya dan teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi,” ulasnya ringkas tatkala ditanya soal lamaran terbuka itu.

Awal yang sekali lagi menitiskan air mata ketika klip video lamaran itu dipertontonkan menegaskan, dia tidak pernah terdetik mahu meniru budaya Barat sebaliknya ia dilakukan secara spontan, sekali gus mahu memberikan memori manis buat gadis pujaan.

“Susah senang yang kami lalui sepanjang tempoh ini serta sikapnya yang disenangi keluarga menguatkan hasrat saya menyuntingnya,” ucapnya ikhlas.

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Unknown












20 Peratus Dividen Bank Rakyat




Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah, walaupu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) agak lambat untuk mengumunkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan tahun 2011. Ini adalah peningkatan daripada dividen tahun lepas yang hanya memberikan 15 peratus.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Jadi dapatlah aku sikit dividen daripada keuntungan tersebut.Aku taklah melabur juta-juta macam orang lain tapi sekurang-kurangnya adalah juga simpanan. Nak tambah modal tak boleh dah. Kena tunggu lagi kalau ada peluang terus rembat. Bukan apa duit keuntungan tersebut aku bukan keluarkan pun semenjak aku melabur 12 tahun lepas sehingga sekarang tak salah aku.Tak mau ambik pusing.Kot2 emegency bolehlah guna.Aku sendiri pun tak pernah periksa berapa ada dalam akaun tu.Biarlah ia menternak dengan sendirinya. Inilah dikatakan pasif income yang paling senang tapi kena sabar menunggu.Setahun tu nak tunggu untung.


Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








Unknown











Irma Dijangka Berkahwin Pada 01 Julai 2012

RIANG... Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua,
Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam.
(kredit Gambar Daripada Harian Metro)
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t akhirnya pelakon dan pengacara Irma Hasnie Ibrahim 30, telah  bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, anak kepada Datin Azizah Osman. 

Datin Azizah memaklumkan insyallah tarikh pernikahan yang dirancang akan dilaksanakan pada 01 Jul 2012. Hasil daripada risikan daripada ibunya juga pertemuaan pertama pasangan ini adalah di hadapan Kaabah yang mana secara kebetulan sedang menunaikan umrah pada 14 Feb.

Irma Hasmie berkata dia bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan jodohnya dengan Reza yang juga ahli perniagaan ketika mengerjakan Umrah buat kali ketiga.
“Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan dan pertemuan yang singkat kami sudah di peringkat pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.



“Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang, kerana disitulah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama.
“Alhamdulilah, Tuhan mempermudahkan hati saya untuk menerimanya tanpa rasa ragu-ragu,” katanya yang ditemui selepas majlis pertunangannya yang berlangsung di rumahnya terletak di Sungai Buloh, petang semalam.
Dalam majlis yang serba ringkas itu, Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.
Selain sebentuk cincin, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.
Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.
Irma sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak, Nabil Raja Lawak, namun ianya terputus di tengah jalan.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.







Label: 0 ulasan | edit post
Unknown











Keputusan SPM Melalui SMS



Assalamualakum dan Salam Sejahtera

Hari ni keluar keputusan SPM. Saya ucapkan tahiah kepada semua yang terlibat.Apa pun keputusan yang anda dapat tak boleh diubah lagi kecuali ambil lainlah. Semalam saya rasa bagi calon-calon yang terlibat mesti macam-macam dah buat. Solat hajat mestilah salah satu tapi janganlah pi jumpa bomoh mana2 supaya boleh keluar keputusan yang baik.

Bukan calon-calon aje susah hati tapi ibu bapa pun sama.Apa nak jadi kalau tak lulus.Kalau perempuan selalu kita dengar kahwin ajelah senang kalau tak lulus. Kalau lelaki tak pastilah tapi kena marahlah saya rasa.

Masa saya ambik keputusan SPM(V) dulu macam-macam kerenah dan persaan yang saya dapat lihat, suka,gembira, ketawa dan macam-macam lagi boleh tengok kat situ.Tapi yang pelik ada juga yang tak ambik hari ini ambik besok.Rasa seram sejuk dengan keputusan SPM ini berbeza dengan peperiksaan yang lain.

Bagi saya ia adalah titik permulaan remaja ke arah zaman permulaan dewasa.Kalau keputusan baik boleh sambung belajar tapi kalau tak bagus macam mana ya.Anda tentukan sendiri.Apa-apa pun keputusan yang diterima ia akan tetap menjadi sejarah kepada kita.

Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya cuba lagi.Anggap ia adalah pengalaman hidup kepada kita.

Dibawah adalah bagi yang ingin tahu keputusan SPM melalui SMS.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Bagi yang ingin membuat semakan secara SMS, sila ikut cara-cara berikut:

Taip SPM [NO KAD PENGENALAN] [ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX dan hantar ke 15888






***Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan 
akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Unknown












Daftar email dibawah untuk mendapat hadiah istimewa daripada saya.




First Name
Last Name
Email


Manchester United, City tersingkir saingan Liga Europa 
ATHLETIC Bilbao mendahului perlawanan menerusi jaringan
Fernando Llorente (dua dari kiri) pada minit ke-23.
BILBAO (Sepanyol): Impian Manchester United menjulang Piala Liga Europa buat pertama musnah apabila pasukan bimbingan Alex Ferguson ditundukkan 2-1 oleh Athletic Bilbao dalam saingan pusingan kedua di tempat lawan, awal pagi tadi.



Kelab Sepanyol itu hasil bimbingan Marcelo Bielsa mara ke pusingan seterusnya apabila mencatatkan kemenangan dengan agregat 5-3, selepas menundukkan Manchester United 3-2 di Old Trafford pada pusingan pertama, minggu lalu.

Bilbao yang menguasai perlawanan mendahului 2-0 dan hanya melepaskan satu gol hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke-80 iaitu babak terakhir perlawanan.



Sementara itu, di Manchester, pencabar utama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City turut berputih mata selepas gagal mara ke pusingan seterusnya walaupun mencatatkan agregat 3-3.


Skuad bimbingan Roberto Mancini menang 3-2 di tempat sendiri tetapi Sporting Lisbon mara ke pusingan seterusnya selepas memperolehi kelebihan jaringan di tempat lawan sebaik saja tamat perlawanan awal pagi tadi.

Susulan keputusan itu, Kedua-dua kelab Manchester kini dapat memberikan tumpuan kepada saingan EPL tanpa gangguan perlawanan tambahan di peringkat Eropah. - AFP

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Unknown












Daftar email dibawah untuk mendapat hadiah istimewa daripada saya.




First Name
Last Name
Email


Najwa kena ikut cakap mama

CEMERLANG...antara artis baru Malaysia paling berjaya.
PERTAMA kali bersua dengannya tahun lalu, dia masih belum popular seperti hari ini. Bagaikan satu fenomena YouTube, nama Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif semakin kukuh sekalipun dia masih terlalu remaja.

Lihat saja pencapaiannya, baru-baru ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26). Walaupun tidak meraih sebarang trofi, namun persembahannya menerusi lagu Cinta Muka Buku berjaya mencatatkan ‘rating’ paling tinggi iaitu sebanyak 6.5 juta penonton yang mengikuti siaran langsung di kaca TV.

Begitu hebat sekali pukulan gadis berusia 16 tahun ini walhal bakatnya hanya dikesan selepas videonya di YouTube mendapat reaksi hebat.


Tidak dinafikan nyanyiannya memang seiring dengan ‘trend’ masa kini yang lebih menginginkan lagu bercorak santai, malah bakatnya mencipta lagu pada usia sebegitu muda juga menambat hati komposer handalan, Datuk M Nasir.


Biarpun hanya bermodalkan dua lagu popularnya, Cinta Muka Buku (CMB) dan Carta Hati, tawaran demi tawaran mula datang menyapa. Popularitinya yang mendadak juga menjadi faktor lebih 200,000 peminat menjadi pengikutnya di laman twitter.

Video muzik CMB di YouTube kini hampir mencecah enam juta tontonan.


Sekelip mata populariti yang pantas ini sangat ‘membahayakan’ jika tempiasnya terkena segelintir artis baru. Namun itu tidak terjadi pada Najwa, malah ketika bertemu dengannya, baru-baru ini, dia masih seperti yang dulu. Nada suara, gerak tubuh serta tutur sopan Najwa tetap serupa.

Biarpun masih letih selepas menjayakan banyak sekali persembahan pentas, Najwa tetap meluangkan masa ke studio Balai Berita pada petang itu dan membawa perkhabaran gembira.

Teristimewa buat peminat, kini album penuhnya yang memuatkan beberapa lagu sudah dipasarkan.

Berbicara mengenainya, Najwa berkata, album berkenaan turut menampilkan single baru, Kosong selepas dua lagu terdahulu.

“Semua lagu dalam album ini hasil ciptaan saya dan kakak, Ika Latif dan istimewanya single Kosong agak berbeza sedikit dengan lagu sebelum ini. Lagu ini lebih berciri kedewasaan dan liriknya juga menunjukkan sudut matang saya.

“Selain itu, saya juga ada bekerjasama berduet dengan artis dari Singapura, Sleeq dan seorang penyanyi YouTube yang juga sangat popular pada masa kini, Syam Kamarul iaitu lagu Sahabat. Idea untuk berduet ini sebenarnya tercetus kerana saya sangat meminati bakat mereka.

“Akibat teringin sangat membuat kolaborasi dengan mereka, saya pun mengusulkan cadangan itu kepada syarikat rakaman NAR dan mereka bersetuju. Tidak ketinggalan, Sleeq juga turut menyumbangkan lirik untuk lagu terbabit.

“Walaupun baru bertemu dengan mereka, keserasian antara kami cepat terjalin mungkin juga kerana faktor umur yang lebih kurang sama. Pengalaman bekerja dengan mereka memang seronok dan lancar sekali,” ujarnya.

Memuatkan lagu termasuk CMB, Carta Hati, Kosong, Sahabat dan I Love You, Najwa juga baru selesai merakamkan sebuah single duet bersama Sleeq, Untuk Dia ciptaan Alif Abdullah. Berentak ‘catchy’ dengan lirik yang ringkas, ia adalah satu lagi pertaruhan Najwa sebagai mewarnakan lagi skop muziknya.

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dihadapinya pada tahun ini, Najwa sudah ada perancangan untuk memberikan laluan kepada dirinya menumpukan fokus terhadap agenda terpenting itu.

Menjadi antara artis yang bakal beraksi di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) pada 8 April nanti, Najwa memutuskan malam itu sebagai persembahan terakhirnya.

“Selesai saja acara ABPBH2011 nanti, saya tidak akan menerima mana-mana tawaran persembahan demi memberikan tumpuan kepada SPM. Sebenarnya, mama sudah tetapkan dan menyuruh saya berhenti pada hujung Mac ini namun kerana ABPBH2011 adalah acara terbesar, mama akhirnya memberi kebenaran.

“Untuk persediaan SPM nanti, saya akan mula menghadiri kelas tuisyen selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat memandangkan saya agak ketinggalan banyak perkara. Tambahan lagi, subjek aliran sains tulen yang saya ambil sememangnya sangat mencabar dan perlu banyak buat latihan,” katanya.









Tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah pada usia seawal ini, Najwa yang dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Baru Popular dan Artis Wanita Popular ABPBH2011 ini mengakui dia tidak menaruh harapan tinggi untuk menang. Baginya, tercalon dalam Top 5 sudah memadai dan satu penghormatan kepadanya.

Dibariskan dengan artis yang jauh lebih senior seperti Stacy dan Yuna, dia amat bersyukur kerana sokongan peminat tidak pernah putus.

Dalam pada itu, Najwa bersama kakaknya sedang dalam proses mencipta karya baru untuk album kedua pula. Masih lagi berkonsepkan lagu ‘santai’, dia mengharapkan lagu terbarunya itu bakal mengulangi kejayaan CMB dan Carta Hati serta menjanjikan yang terbaik buat peminatnya.


TRIVIA:




  • Lagu yang paling menggambarkan diri anda sekarang...Secrets (One Republic)



  • Minat muzik K-Pop?...tidak



  • Bila kali terakhir menangis dan kenapa?...tiga hari lepas sebab rindukan ibu.



  • Jenis buku yang disukai...penyiasatan.



  • Hadiah paling istimewa dalam hidup...penyokong saya.



  • Tempat percutian impian...Venice, Itali.



  • Rancangan TV kegemaran...Raja Lawak.





  • Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.
    Label: , 0 ulasan | edit post
    Unknown









    Daftar email dibawah untuk mendapat hadiah istimewa daripada saya.




    First Name
    Last Name
    Email


    Zahida Rafik terkedu


    ZAHIDA...pemandu gagal dihubungi
    AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

    Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.


    Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

    Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.







    Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

    “Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.


    Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

    “Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.


    “Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.

    Label: , 0 ulasan | edit post
    Unknown














    First Name
    Last Name
    Email


    Gelek ghairah

    OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub,
    Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong.
    KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

    Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam. 

    Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi. 


    Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.







    Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

    Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit. 

    Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui. 

    “Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi. 

    “Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit. 

    Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga. 

    Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan. 

    “Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.


    Unknown










    6 Wanita Kaki Kelentong Diburu



    IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

    Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

    Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.


    Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.








    Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...