Unknown










Liyana Jasmay Sudah Bertunang



Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Tahniah buat penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24 kerana kini bergelar tunangan orang apabila selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.


Di majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Manakala pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung. Liyana Jasmay tampil anggun dengan baju rekaan Rizman Ruzaini yang dianggarkan bernilai RM10,000.


Pihak lelaki memilih tema warna kelabu , manalaka keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu, pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.



Istimewanya, majlis pertunangan ini turut diadakan bersempena ulangtahun kelahiran Liyana ke-24 yang jatuh pada hari yang sama. Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2013.


Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Kita doakan supaya majlis perkahwinan kelak berjalan dengan lancar dan kekal sehingga ke anak cucu. Amin

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Label: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...