Unknown




Awal dan Scha Dijangka Bernikah Pada 4 Mei

SERASI...Awal dan Scha pada majlis pengumuman perkahwinan mereka, semalam.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Insyallah, pada 04 Mei 2012, Scha Alyahya, 28, dan Awal Ashaari, 30, akan melaksanakan majlis akad nikah yang dirancang akan dilaksanakan di Hotel Pullman Putrajaya, pada jam 8 malam.

Pada sidang media khas di Ampang, Kuala Lumpur semalam, mereka juga mengumumkan majlis persandingan kedua-dua belah pihak akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari kemudian iaitu pada 06 Mei 2012.

Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.

Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.

Keluarga saya datang menghantar cincin risik dan tunang pada ulang tahun ke-28 Scha, 30 Mei tahun lalu.

Bukan mahu berahsia, majlis itu hanya sederhana ditambah keadaan ibu saya yang kurang sihat pada waktu itu.

“Malah faktor lokasi juga tidak mengizinkan kerana kalau boleh, kami mahu mencari tempat yang boleh menampung tetamu kedua-dua belah keluarga dengan anggaran 1,500 jemputan. Pada masa sama, kita memberi laluan kepada rakan artis lain yang lebih dulu meraikan hari bahagia.

“Selepas mempertimbangkan pelbagai faktor, lebih molek memilih lokasi selesa seperti PICC untuk kenduri ini,” katanya yang mula berkenalan dengan Scha ketika mengacarakan Sehati Berdansa. 

Memaklumkan persiapan kini hampir 70 peratus selesai, mereka yang menghadiri kursus kahwin Januari lalu menggunakan khidmat Syaiful Baharim sebagai pereka busana pengantin, manakala Razak Ahmad daripada Flora Etc dipertanggungjawabkan menata dewan dan pelamin.












Mengenai siaran eksklusif hari bersejarah mereka, Scha atau berbesar hati apabila saluran Astro Ria dan Warna sudi berkongsi detik manis itu, bermula lamaran yang disiarkan menerusi program Propaganza, hingga berlangsung majlis sebenar menerusi enam episod khas.

“Difahamkan, siaran yang bermula 13 April hingga 18 Mei membabitkan empat episod praperkahwinan disusuli pernikahan yang disiarkan secara langsung selain satu episod rakaman persandingan,” katanya.

Bagi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu, lamaran kekasihnya menerusi program yang disiarkan secara langsung minggu lalu antara faktor menguatkan lagi keyakinannya terhadap hasrat Awal menyuntingnya sebagai suri hati.

Tidak pernah terfikir olehnya teman setia yang melalui susah dan senang bersama sepanjang dua tahun terakhir ini akan berbuat demikian, disaksikan ramai penonton.

“Sebagai insan, kita melalui pelbagai perubahan. Apa yang berlaku akan datang kita tidak tahu. Saya kenal dia seadanya dan teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi,” ulasnya ringkas tatkala ditanya soal lamaran terbuka itu.

Awal yang sekali lagi menitiskan air mata ketika klip video lamaran itu dipertontonkan menegaskan, dia tidak pernah terdetik mahu meniru budaya Barat sebaliknya ia dilakukan secara spontan, sekali gus mahu memberikan memori manis buat gadis pujaan.

“Susah senang yang kami lalui sepanjang tempoh ini serta sikapnya yang disenangi keluarga menguatkan hasrat saya menyuntingnya,” ucapnya ikhlas.

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...