Unknown









Tan Sri Annuar Musa Tutup Mulut




“FAM sudah menetapkan saya tidak boleh membuat kenyataan selain mendapat kebenaran bertulis daripada Kongres FAM.

“Kalau saya nak bercakap berkaitan hal-hal FAM, saya kena tulis surat untuk mendapat kebenaran kongres yang bermesyuarat dua-tiga kali setahun.” Itu reaksi balas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas pertanyaan pemberita sejurus didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak tanah air itu atas dua pertuduhan.

Annuar yang tiba di Wisma FAM jam 2.45 petang untuk menghadiri perbicaraan yang dipengerusikan oleh Datuk Taufek Abdul Razak membawa bersama dua saksi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Super League (MSL), Stuart Ramalingam, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan juga Ahli Majlis FAM, Rosmadi Ismail dan seorang peguam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamaruddin Abdullah.

Selepas mengetahui dirinya didapati bersalah Annuar yang juga Presiden Kafa, terpaksa bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke Kota Bharu tanpa menunggu apakah bentuk hukuman yang dijatuhkan kepadanya.


Beliau seperti sudah tahu hukuman yang sudah diputuskan.


Annuar yang dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM dua tahun lalu bagaimanapun sempat memberikan ucapan menerusi pembesar suara untuk hampir 300 penyokong setianya yang setia menunggu di luar perkarangan Wisma FAM.

“Mengenai keputusan biarlah pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang umumkan kerana saya tidak boleh tunggu kerana terpaksa pergi ke airport (lapangan terbang). “Walaupun keputusan (bersalah atau tidak bersalah) sudah diberi kepada saya tapi keputusan hukuman saya tidak sempat tunggu.


“Terima kasih kepada pihak media, terima kasih kepada penyokong yang datang memberi sokongan. “Terima kasih kerana tidak melanggar peraturan dan tidak melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya yang turut ditemani ahli keluarganya.

Annuar dijatuhkan hukuman penggantungan dua tahun enam bulan atas dua pertuduhan kerana mengkritik prestasi skuad kebangsaan secara terbuka pada satu majlis anjuran MSL di Shah Alam, 13 Mac lalu.


Hukuman itu berkuat kuasa serta-merta semalam dan beliau tidak dibenarkan membuat rayuan.


Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








Label: , edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...