Unknown










Lufya Rimas

Lufya Rimas
Lufya
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Ditohmah, diganggu kerana kontroversi dicetuskan artis lain 


ARTIS kelahiran program Akademi Fantasia ini kegelisahan apabila dikecam akibat kontroversi dicetuskan orang lain. Dek wajah mereka yang seakan sama, Lufya menerima tempiasnya setiap kali isu panas membabitkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah tersebar.

Bukan saja diganggu, malah dirinya dan keluarga ditohmah pelbagai tuduhan memalukan, gara-gara kontroversi dikaitkan dengan pelakon Anak Pontianak itu. Kata Lufya, secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

Setelah hampir empat tahun berdiam diri, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 26, tampil bersuara demi membersihkan namanya. Dia yang dihubungi baru-baru ini tekad menyuarakan hal itu supaya orang ramai berhenti mengaitkan isu gambar seksi dan kehidupan liar dengan dirinya. 

Tidak menyalahkan Anjoulie, malah Lufya menghormati pendirian dan cara kehidupan pelakon itu. Namun dia tidak selesa apabila nama baiknya terjejas berikutan kontroversi yang tercetus itu. 

“Saya sedar kami nampak seiras dan memang ramai orang di luar sana sering salah sangka bahawa saya ialah Anjoulie. Bukan orang luar saja, orang dalam industri pun ramai yang tersalah sangka. Perkara ini membuatkan saya tak tenang. 

“Saya sering menerima gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali. Sebahagiannya memegang saya tanpa izin, serta pelbagai lagi kelakuan tak senonoh. Boleh dikatakan, setiap kali isu mengenainya muncul, pasti saya akan menerima tempiasnya, termasuk isu gambar seksi yang diuar-uarkan sebelum ini. Ramai yang ingat saya yang yang bergambar seksi itu. 

“Apabila perkara ini berlaku, saya mula rimas. Sudah hampir tiga ke empat tahun saya mengalami masalah ini. Pada mulanya saya tak mahu bercakap mengenainya. Tetapi makin lama, ia makin serius. Ramai yang mengatakan saya berkelakuan tidak senonoh, seperti suka bersosial dan sering ke parti. Sedangkan, saya bukan jenis seperti itu. 


“Contohnya, apabila saya keluar ke pusat beli-belah, ada yang memandang serong dan berkata yang bukan-bukan, sekali gus membuatkan saya tak selesa. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan imej saya dan nama baik keluarga saya. Sebab itu kawan-kawan saya menggalakkan saya bersuara bagi membersihkan nama sendiri. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan isu dicetuskan olehnya lagi. Saya juga tak mahu keluarga saya terganggu,” katanya yang berharap kekeliruan itu terhenti segera. 

Gadis berdarah kacukan Arab-Melayu-Indonesia ini juga mengambil tindakan meluahkannya di laman Facebook miliknya, beberapa hari lalu. Lufya tidak rela namanya dikenali kerana kontroversi, sebaliknya bakat yang dimiliki. 

Dia mengaku, namanya kurang menghiasi dada akhbar. Begitupun ia tidak bermakna dirinya tidak lagi aktif. Sebaliknya Lufya sibuk dengan kerjaya seni, sebagai penyanyi dan hos rancangan Jamming dan Podium. 

“Saya akui karier saya kurang diperkatakan media, tapi saya masih aktif dan banyak terbabit dengan persembahan korporat. Saya tidak pernah mengetepikan nyanyian walaupun sibuk mengacara. Saya tetap curi masa ke studio untuk mencipta lagu. Kini saya sedang mengumpul bahan untuk album dan single baru. Memang ia mengambil masa kerana semua ini dihasilkan dengan duit sendiri,” katanya.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...