Unknown










Hilang Ingatan Dibelasah



Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang 
di tempat kejadian.


Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.


Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.


“Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.




“Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.













0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...