Unknown










Abby Abadi Bertudung

Abby Abadi Bertudung
Abby Abadi Bertudung


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana salah seorang pelakon wanita Malaysia iaitu Abby Abadi telah mendapat rahmat dan pertunjuk daripada-Nya untuk memakai tudung apabila selesai urusan Umrah yang dilakukan beliau pada pertengahan bulan Mac lepas. 


Walaupun bertudung itu wajib tetapi beliau tidak mahu terburu-buru kerana beliau mahu perubahan kebaikkan kepada dirinya akan kekal selamanya. Beliau akan sentiasa berdoa dan saya berharap pembaca blog saya juga berdoa juga kepada beliau kekal di atas perubahan ini serta lebih baik pada masa hadapan.





“Sudah lama saya mahu bertudung tetapi saya perlu pastikan yang saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan itu kerana kita tidak boleh mempermainkan hukum Allah s.w.t. Saya juga tidak mahu bertudung kerana desakan orang lain, biarlah setiap perubahan itu dilakukan seikhlas hati saya.


“Sepanjang berada di Tanah Suci, saya melihat kebesaran Allah s.w.t. Dia Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya. Apabila berada di sana, kita dituntut menjaga aurat tanpa menampakkan walau sehelai rambut pun dan saya sendiri berasa sangat selesa apabila bertudung. Kini kembali ke tanah air, saya rasa sangat bersalah jika tidak bertudung. Seolah-olah saya tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan-Nya kepada saya selama ini.


“Pada hari kedua di Makkah, saya beritahu rakan sebilik yang saya mahu bertudung. Katanya, baguslah kerana ia perkara yang baik tetapi fikirlah betul-betul. Katanya lagi, saya perlu berubah kerana Allah. Setiap kali bersolat, saya berdoa agar Allah tetapkan hati dan iman saya serta jangan membolak-balikkan hati saya,” katanya.


Tahniah buat Abby Abadi kerana berani untuk berubah. Semoga Abby Abadi akan terus bertudung dan tabah menempuh segala dugaan hidup sebagai seorang artis yang berjaya. InsyaAllah.Amin.



Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.
























Label: , edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...