Unknown

‘Rentaz satukan kasih kami’

Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my

SEDANG MEKAR...bibit cinta antara Miera dan Shah Jaszle kian berbunga tatkala membintangi filem Rentaz.


SEPANJANG lapan tahun berkawan, soal cinta tidak pernah wujud antara Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin atau Shah Jaszle, 23, dan Miera Leyana Kasmi (Miera Leyana), 19. Apatah lagi sebelum ini mereka bersekolah sama iaitu di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-duanya akui sekadar meminati antara satu sama lain.

Sewaktu digandingkan pertama kali selepas masing-masing memilih lakonan sebagai kerjaya menerusi Luna Fantasiku, soal cinta juga tidak wujud memandangkan masing-masing pada waktu itu sudah berteman.

Bagaimanapun, segalanya berbeza apabila mereka ditemukan pengarah prolifik, Mamat Khalid dalam filem terbaru arahannya, Rentaz yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang, ketika ini.

Akhirnya filem ke-10 arahan Mamat itu menyatukan hati Shah Jaszle dan Miera dalam ikatan yang dipanggil cinta. Kenyataan itu keluar sendiri daripada mulut jejaka kacak itu.

Tanpa banyak berdalih, apabila ditanya pihak media dengan siapa dia bercinta sekarang selepas hubungannya dengan Maria Farida terputus, terus saja Shah Jaszle de�ngan yakin menyebut: “Miera Leyana.”

Perkara itu menyebabkan sebahagian rakan media yang dibawa khas dari Kuala Lumpur menyaksikan penggambaran filem Rentaz seperti tidak percaya dan menganggap ia mungkin gimik terbaru.

Ini kerana mereka berdua memegang peranan pasangan kekasih dalam filem yang turut menampilkan Awie dan Khir Rahman sebagai teraju utama itu.

“Sebenarnya saya kenal Miera sewaktu dia belajar dalam tingkatan dua dan saya tingkatan lima. Memang minat itu ada tapi ketika itu dia sedang berkawan rapat dengan kawan baik saya.

“Kisahnya saya dan kawan baik saya itu bercadang keluar sama. Kawan saya cakap dia mahu membawa teman rapatnya sekali. Saya sendiri tidak tahu siapa. Apabila dia muncul bersama Miera, saya diam saja,” katanya.

Selepas tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing, dia tidak tahu bagaimana perkembangan Miera sehinggalah mereka ditemukan dalam Luna Fantasiku.

“Dunia ini kecil. Pusing-pusing akhirnya bertemu semula. Bagaimanapun, waktu itu kami ibarat bertemu rakan lama. Lalu peluang itu saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita apa yang berlaku selepas saya meninggalkan zaman persekolahan. Waktu itu Miera bagaimanapun berkata, dia sedang berkawan dengan seorang lelaki. Jadi kami terus berkawan lagi,” katanya.

Jelas Shah Jaszle, waktu sama mereka terus menghubungi antara satu sama lain sekadar bertanyakan perkembangan masing-masing.

Menjelaskan mengapa tiba-tiba hatinya makin terpaut kepada Miera, kata Shah Jaszle, dia sangat menggemari sikap Miera yang ‘sempoi’ tetapi matang sekalipun membicarakan perkara yang serius.

“Begitu juga dengan kerjaya. Miera walaupun muda tetapi komited terhadap kerjayanya. Dia sudah banyak berubah kalau dibandingkan dengan kemunculan awalnya dalam bidang lakonan dan sewaktu kami sama-sama membintangi Luna Fantasiku. Sewaktu penggambaran Rentaz sekarang, dia semakin matang dan dapat membezakan antara kerja dan hal peribadi,” katanya.

Apabila dinyatakan bahawa perasaan yang timbul antaranya dengan Miera tidak lebih daripada cinta lokasi, Shah Jaszle menafikan perkara itu, apatah lagi keluarga kedua-dua belah pihak sudah mengetahui hubungan mereka.

Bagi Miera pula, apa yang berlaku antara dia dan Shah Jaszle seperti sudah ditakdirkan.

“Saya takut sebenarnya, selepas putus cinta dengan bekas kekasih dulu, saya tidak bercadang untuk bercinta dengan sesiapa buat sementara waktu. Namun takdir tiada siapa yang tahu. Saya bagaimanapun cuba menerima hubungan ini secara berpada-pada, maksudnya tidak mahu terlalu taksub,” katanya.

Waktu sama, Miera meluahkan rasa bimbangnya kalau-kalau hubungan mereka terlalu diperbesar-besarkan.

“Saya tidak mahu timbul sebarang salah faham. Saya senang dengan Shah kerana dia seorang lelaki matang, berdikari dan rajin. Lagipun dia juga banyak mengajar dan membimbing saya dalam dunia lakonan,” katanya.

Begitupun Miera tidak menafikan dia pernah menyimpan perasaan terhadap Shah Jaszle sejak zaman sekolah lagi tetapi disebabkan ketika itu dia lebih dulu berkenalan dengan teman baik Shah Jaszle, perkara itu dipendamkan saja.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai gandingannya dengan Shah Jaszle dalam Rentaz, Miera berkata, mereka begitu seronok membintangi filem itu apatah lagi dibimbing Mamat Khalid.

Mungkin disebabkan mereka sedang bercinta, ia memudahkan lagi penghayatan mereka terhadap watak masing-masing. Seloroh seorang teman, mungkin itu sudah ‘rezeki’ Mamat Khalid!

PROFIL SHAH JAZLE:

Nama Penuh: Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin
Panggilan: Shah Jaszle
Tarikh lahir: 30 Julai 1988
Usia: 23 Tahun
Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma Masakan Kolej Komuniti
Pekerjaan: Pelakon, model

Drama: Anak Emak, Dari Mata Ke Hati, Bila Mama Pakai Celana,
Mistik Alam Hitam, Pondok Ingatan Cinta, Kemaafan Sakura, Tari
Tirana, Asmara, Gemilang, Tahajjud Cinta, Naratif Cinta, Luna Fantasiku, Bola Cinta, Telah Dihalalkan Epal Itu, Pengantin Untuk Dijual, Ayu Suraya.

Filem: Azura, Rentaz
Pencapaian: Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

PROFIL MIERA LEYANA:

Name Penuh: Miera Leyana Kasmi
Panggilan: Miera Leyana
Tarikh lahir:28 Ogos 1993
Usia: 18 tahun
Asal: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Pelakon, model

Drama: Luna Fantasiku, Bio-Nik, Apa Itu Cinta, Ceria Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Kamelia Katrina, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun, Nana Naruto

Filem: Apokalips, Rentaz
Peragaan: Vinci, Voi
Laporan Penuh Di Sini:




Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut.Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang member komen.


Label: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...