Unknown



Nikon mahu jadi nombor satu dalam dua tahun



TERKINI...barisan model kamera Nikon 1 yang akan berada di pasaran Oktober ini.


NIKON Malaysia (M) Sdn Bhd (Nikon) menyasarkan tempoh dua tahun untuk menjadi jenama nombor satu di negara ini dengan penguasaan 40 peratus pasaran bagi keseluruhan jualan produk kameranya berbanding 32 peratus sekarang.

Pengurus Besar Bahagian Jualan Produk Pengguna, Hon Soon Teng berkata, Nikon kini mengungguli jenama nombor satu bagi segmen kamera digital refleks kanta tunggal (DSLR) dengan kadar penguasaan 49 peratus.


“Kami menyasar peningkatan jualan sehingga 40 peratus iaitu RM400 juta pada tahun ini berbanding RM270 juta yang direkodkan tahun lalu. Dengan pelancaran produk kamera digital terbaru kami, Nikon 1 yang dilengkapi lensa mudah tukar bakal berada di pasaran Oktober ini, ia dijangka mampu memacu jualan rangkaian kamera kami,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di ibu negara, semalam.


Hon berkata, Nikon 1 terbaru didatangkan dengan dua siri iaitu Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1 bagi menyertai segmen SLR Nikon D-series dan COOLPIX.

“Nikon 1 menawarkan pengalaman fotografi baru dengan ciri auto fokus ultra laju, pemprosesan imej tinggi dan perakam imej tanpa cermin. Selain itu ia dibangun menggunakan sistem kamera dengan lensa mudah tukar yang didatangkan dengan ekspresi pengimejan pengesan imej AF CMOS yang dikuasakan dengan pemprosesan imej berkuasa tinggi iaitu EXPEED 3.



“Reka bentuknya yang santai, tapi bergaya dilengkapi dengan lensa padat yang mudah dibawa,” katanya. Pengenalan sistem kamera baru ini akan terus berkembang dalam industri kamera di Malaysia selain memperkukuhkan jenama ini di pasaran tempatan,” katanya.

Katanya, harga belum diputuskan, namun dianggar bernilai sekitar RM1,500 hingga RM2,000.


Laporan Penuh Di Sini:
myMetro | Nikon mahu jadi nombor satu dalam dua tahun

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Label: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...