Unknown


6 pemuda Jepun berenang 120km ke Taiwan ucap terima kasih

SUAO (Taiwan): Enam lelaki Jepun berjaya berenang sejauh 120 kilometer secara bergilir-gilir dalam laut yang bergelora ke Taiwan semalam, sebagai tanda terima kasih mereka kepada rakyat Taiwan yang membantu mangsa bencana ombak tsunami.

Enam pemuda itu mula berenang pada hari Sabtu dari Yonakuni, sebuah pulau kecil di Jepun, 110 kilometer timur Taiwan, walaupun tahu bahaya serangan ikan jerung dan keadaan Laut Pasifik yang bergelora. Kumpulan perenang itu diapit oleh beberapa bot pengawal pantai ketika berenang ke Suao, sebuah pelabuhan perikanan di timur laut daerah Ilan dan beberapa ratus orang yang mengibarkan bendera Taiwan dan Jepun ketika mereka tiba di situ.


Ketua kumpulan perenang itu, Suzuki Kazuya menjerit gembira, “Kita berjaya! Kita berjaya! Terima kasih Taiwan!” Mereka berpelukan apabila tiba di pantai dekat Suao selepas berenang 72 batu.


Kumpulan perenang itu yang berusia antara 20 dan 30 tahun membawa bersama-sama mereka, surat terima kasih daripada ketua tempatan di tiga wilayah yang dilanda ombak tsunami, Mac lalu.


Taiwan telah menderma kira-kira 20 bilion yen (RM8.1 juta) kepada Jepun, menjadikan ia salah satu daripada penderma tertinggi untuk mangsa ombak tsunami,.



Hubungan Taiwan dengan Jepun masih baik walaupun Jepun pernah menjajah Taiwan dari tahun 1895 hingga 1945 dan juga Jepun lebih mengiktiraf Beijing daripada Taipei. - AFP.

Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...