Unknown

Satria ekstrem

Adakah Proton Satria NEO GTI Dapat Mengatasi Proton Satria Ekstrem

GARANG dan menawan! Inilah transformasi yang dilakukan pemiliknya terhadap kereta Proton Satria ini. Tidak seperti pelbagai kenderaan modifikasi lain membabitkan kos terlalu tinggi, ubah suai dilakukan pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Gary terhadap kenderaan kesayangannya hanya mencecah RM40,000.

Meskipun berbelanja kecil, pengubahsuaian terhadap kereta ini boleh dikatakan ekstrem. Dengan gabungan pelbagai konsep daripada Evo9 (bonet depan), NEO R3 (bumper belakang) dan bodykit Charge Speed (bumper depan) menjadi projek buat pemiliknya. 

Boleh dikatakan menjadi, pengubahsuaian dilakukan berupaya menarik perhatian sesiapa yang melihat kenderaan ini. Ditambah pula penggunaan GT Wing custom, impak garang diketengahkan pemiliknya sangat ketara. 


Gary turut mengubah suai hampir keseluruhan ruang dalaman kenderaan ini. Tempat duduk ‘semi bucket’ daripada SSCUS serta kemasan sistem audio yang memenuhi segenap ruang kenderaan ini pasti memukau mata yang memandang.


Secara kasar, kenderaan ini dilengkapi sistem audio bertaraf juara apabila dilengkapi tiga sub woofer bersaiz 12 inci, empat sub woofer bersaiz lapan inci, dua mid speaker (enam inci) dan tweeter ‘horn’ (dua biji).

Menggunakan produk daripada jenama Q Mobile, sistem audio ini turut dijana menggunakan satu monoblock dan dua amplifier daripada jenama sama. 

Tidak cukup dengan proses modifikasi terbabit, Gary turut menaik taraf jenteranya. Menggunakan enjin Mivec VAFC Apexi, jentera ini turut dilengkapi alat ganti berprestasi tinggi seperti ‘V-tec Injecter’, klac lumba Trinity dan campulley boleh laras daripada Eurospeed. 

Barangkali, ramai pasti terkejut dengan kuasa dikeluarkan jenteranya. Menurut Gary, meskipun jarang memandu laju, keretanya mampu mencecah 200 kilometer sejam tanpa masalah. 











PENGUBAHSUAIAN: 


ENJIN 


  • Mivec VAFC Apexi 


  • Hos air 


  • Penapis angin K&N 


  • Klac lumba Trinity 


  • Campulley boleh laras 


  • V-tec injecter

    TRANSMISI 



  • Manual LSD

    AKSESORI 



  • Bodykit dan bumper depan daripada Charge Speed 


  • Bumper belakang Satria Neo R3 


  • Bonet depan Evo9 


  • Spoler GT wing custom

    AUDIO 



  • Tiga sub woofer 12 inci 


  • Empat sub woofer lapan inci 


  • Dua mid speaker enam inci 


  • Horn Tweeter 


  • Monoblock 


  • Dua amplifier

    EKZOS 




  • Piping Titanium 2.5 inci 


  • Peredam bunyi Spoon

    RIM 




  • Rim Wedsport 17 inci
    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









  • Label: , edit post
    0 Responses
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...