Unknown

FAM senarai Safee


Mohd Safee Sali
TIDAK kira apa laporan negatif media Indonesia mengenai status Mohd Safee Sali ketika ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil penyerang sensasi itu menyertai skuad Harimau Malaya bagi dua aksi perlawanan antarabangsa menentang Arab Saudi dan Filipina di penghujung bulan ini.

Biarpun masa depan Safee bersama skuad kebangsaan masih belum dapat dipastikan berikutan keputusan pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak lumayan dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC kelmarin, FAM menganggap Safee masih layak menyertai skuad kendalian Datuk K Rajagobal.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang hitam putih daripada badan induk bola sepak antarabangsa Fifa dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai larangan Safee mewakili negara kerana beraksi dalam liga yang dilabel haram oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), “Kami akan panggil Safee untuk mewakili negara bagi perlawanan persahabatan itu nanti. FAM tidak menerima sebarang surat daripada AFC ataupun Fifa yang memaklumkan Safee tidak boleh bermain,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Safee bersama skuad kebangsaan.

Safee tidak menyertai latihan pusat skuad kebangsaan ketika ini kerana terikat dengan perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya.


ISL pula dilabel sebagai liga ‘pemberontak’ oleh PSSI dan berkemungkinan akan diharamkan Fifa jika masalah itu tidak dapat diselesaikan hingga 22 Mac ini.

Sebelum ini badan induk bola sepak dunia itu dilapor sudah mengeluarkan surat kepada PSSI menyatakan mereka tidak mengiktiraf ISL kerana tidak mendapat kelulusan PSSI.





Berdasarkan keputusan itu semua pemain yang beraksi dalam ISL dilarang daripada menyertai mana-mana liga atau perlawanan antarabangsa membabitkan ahli gabungan Fifa.


Menerusi kenyataan Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono yang disiarkan dalam laporan terbaru portal berita Indonesia, Republika.co.id semalam, Safee tidak boleh mewakili negara kerana beraksi dalam ISL dan akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan Fifa itu.

Bagaimanapun Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: “Saya tidak mahu membuat komen berdasarkan apa orang cakap (laporan media).


Mengenai perlawanan dengan Arab Saudi di Melbourne pada 24 Februari ini, beliau memaklumkan sudah menghantar surat susulan bagi mendapatkan pengesahan.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Label: , edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...