Unknown

Isteri tua gasak madu tepi jalan



KUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya berseorangan di tepi jalan kawasan berkenaan manakala suami mereka menunggu di dalam kereta. 

Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar ‘medan perang’ apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.


Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.








Katanya, mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...