Unknown
Tahun Naga




Tahun Naga adalah berasal daripada naga air ialah haiwan kelima daripada 12 dalam bintang Cina dan akan ‘lahir’ pada 23 Januari. Di kalangan masyarakat Cina, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Justeru, kita boleh melihat patung naga yang diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. 


Dalam budaya Cina juga, tahun naga paling digemari untuk melahirkan anak kerana sifat pada haiwan itu dikatakan akan diwarisi dalam darah daging mereka. 


Menurut mitos Cina, pintu naga terletak di bahagian atas air terjun yang mengalir dari gunung legenda. Banyak ikan kap yang berenang ke hulu sungai walaupun air mengalir deras tetapi ia berani untuk melompat ke atas air terjun.

Jika ikan kap terbabit berjaya membuat lompatan, ia akan bertukar menjadi naga yang berkuasa. Ungkapan seperti ikan kap melompat atas pintu naga digunakan untuk merujuk kepada kejayaan yang datang daripada ketabahan.

Naga Cina dianggap sebagai simbol bertuah, kuasa besar dan kebajikan. 







Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik


-Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
-Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
-Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
-Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
-Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
-Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.


Nasib Malang ("Tuah buruk")


-Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
-Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
-Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
-Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
-Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
-Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
-Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...