Unknown
Eruwan Gerry Affiliates


Tenang lepas peluk Islam


KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 peserta terdiri daripada saudara Muslim menyertai Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, baru-baru ini.

Konvensyen sehari dianjurkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), itu bertujuan memperkukuhkan ikatan persaudaraan selain bertukar pendapat mengenai hala tuju kehidupan sebagai Muslim.

Majlis dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, turut dihadiri Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Pengarah Operasinya, Zainal Abidin Jaafar.

Che Mat berkata, pada konvensyen itu, peserta berpeluang mendengar kupasan menarik menyentuh isu saudara Muslim di negara ini menerusi tiga pembentangan kertas kerja.

“Antara pembentang mengambil bahagian ialah penceramah terkenal, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang membentangkan tajuk Pendekatan Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina,” Mengambil tajuk ini secara peribadi, beliau membawa peserta meneliti pengalaman dilaluinya sendiri untuk dijadikan panduan kepada semua,” katanya.

Selain itu, katanya, seorang lagi pendakwah bebas yang mengambil bahagian ialah Muhammad Fitri Abdullah yang berkongsi pengalaman mewakili masyarakat India Muslim di negara ini.

“Penceramah yang bersama kita hari ini mewakili semua kaum yang ada. Jadi kita tidak nampak bagaimana isu tukar agama boleh menjadi satu konflik kerana segala-galanya sudah dihurai dengan jelas pada konvensyen ini,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Nasir Abdullah, 50 berkata, dia bersyukur kerana diberikan hidayah untuk menerima Islam walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya.

“Semuanya bermula kira-kira 12 tahun lalu ketika isteri saya mula memeluk Islam. Tetapi pada waktu itu, ibu saya membantah hasrat saya untuk turut menganut agama suci ini. Selepas kematian ibu, saya ke ibu pejabat Jawi dan terus masuk Islam di sana. Ternyata, kehidupan saya kini begitu tenang,” katanya.

Seorang lagi peserta, Shafie Lee Abdullah, 54, berkata, dia gembira dengan kehidupannya sebagai seorang Islam kini selepas hidup tanpa agama sejak dari kecil lagi.

Laporan Penuh Di Sini:

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...