Unknown



‘Rizab negara sangat tinggi’

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my



MALAYSIA mempunyai ekonomi domestik kukuh dan dengan itu ia berada pada kedudukan lebih baik untuk menghadapi persekitaran mencabar daripada krisis zon Eropah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Krisis zon Eropah menimbulkan ketidakpastian yang besar dan ia menyebabkan turun naik yang ketara. Tetapi, pasaran kita sekarang lebih maju, institusi kewangan lebih utuh dan bank pusat sudah membina penampan dan rizab kita sangat tinggi, oleh itu kita pasti boleh menghadapi turun naik dengan lebih baik,” katanya selepas pelancaran MobileLink bank pusat di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, bagaimanapun ekonomi negara memang akan terjejas kerana mungkin melalui saluran perdagangan dan pasaran kewangan tetapi Malaysia masih dalam kedudukan yang lebih baik.


Zeti berkata, sektor eksport Malaysia dijangka terjejas, tetapi ekonomi dalam negara akan terus kukuh, berkembang pada kadar antara enam hingga tujuh peratus terutama disokong pelaburan dan penggunaan domestik yang kukuh.


Beliau berkata, kerajaan kini melaksanakan banyak projek yang diumumkan sebelum ini dan Malaysia mendapat aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke bidang pertumbuhan baru.



“Semua ini akan menyokong kita dalam masa yang lebih mencabar. Kita juga mempunyai fleksibiliti dasar. Sektor korporat dan sektor isi rumah kita tidak terlebih dimanfaatkan.



“Ini penting kerana ia adalah isu yang dihadapi negara yang berdepan dengan krisis, terlebih memanfaatkan sektor awam dan swasta dan mereka mempunyai pengangguran yang tinggi dan kita tidak menghadapi semua ini dan mempunyai akses kepada pembiayaan berterusan,” katanya.


Zeti berkata, negara ini tidak pernah menghadapi gangguan atau gangguan dalam aliran kredit dan semua terbabit sangat kritikal dalam menyokong ketersediaan negara bertahan persekitaran yang mencabar.


Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Label: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...