Unknown









16 Gambar Artis Korea Tayang Buah Dada 





Lagi gambar.







Oh In Hye






Lee Chae Young







Choi Yeo Jin





Ha Na Kyung








Sumber: Blogger

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Unknown









Inilah Gambar Gimnas Farah Ann Yang Jadi Bahan Bualan 




Macam-macam hal. Nampaknya seorang ahli gimnastik negara telah menjadi punca kekecohan di laman sosial.

Sekeping gambar Farah Ann ahli gimnastik negara Malaysia yang menyumbangkan emas telah menjadi viral dan bahan bualan orang ramai.







Ini adalah kerana pakaian gimnastik Farah Ann yang menampakkan lurah sehingga dikecam orang ramai di laman sosial.

Pada mulanya, ramai menghentamnya di laman sosial dan kemudiannya datanglah pihak-pihak yang mempertahankan pemakaian Farah Ann termasuk Menteri Belia dan Suka Khairy Jamaluddin.

Jom baca sedikit sebanyak komen-komen:













Sumber: Blogger

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Unknown









Al-Fatihah Buat Rahim Ex-Sepahtu 



RAHIM EX-SEPAHTU DI KEJARKAN KE HOSPITAL SELEPAS PERSEMBAHAN SEPAHTU BERSAMA SHUIB DAN JEP DI UITM JENGKA SEMALAM.


@jepsepahtu - Alhamdulillah..Sesak nafas rahim beransur pulih cuma dikhabarkan doktor mengesahkan belakang rahim tumbuh lilin ini disebabkan shuib terlampau panic sehingga menyapu terlalu banyak vicks dibelakang badan rahim..itulah semangat setiakawan kami..
Semoga Rahim Cepat Sembuh



Sumber: Blogger

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Unknown









Dato Siti Nurhaliza_You Came To Me 

Dato Siti Nurhaliza_You Came To Me
SAMI dan Siti merakamkan lagu You Came To Me dalam tiga bahasa.
SABTU lalu, Studio Harem milik penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman meriah dengan kehadiran rombongan penyanyi terkenal lagu ketuhanan dari United Kingdom, Sami Yusuf, yang memilih merakamkan dendangan terbarunya di situ. 



Lebih istimewa, penghibur yang mendapat gelaran Rockstar Muzik Islam itu tidak keseorangan, sebaliknya berpadu suara dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bagi lagu berjudul You Came To Me untuk dimuatkan dalam album keempatnya.


Seperti dikongsi pada sidang media pengumuman bersempena Konsert Salaam Sami Yusuf di Stadium Malawati, Shah Alam, yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, beberapa hari lalu, sejak mendengar lagu Siti tatkala kunjungan sulung ke Kuala Lumpur sekitar 2005 membuatkannya menanam hasrat berpadu suara bersama wanita itu.


Walaupun terpaksa menunggu lama untuk merealisasikan hasratnya, kehadiran kali ini dirasakan cukup bererti apabila berpeluang mendekati peminat dalam skala persembahan mega kelolaan Offshore Entertainment Productions, malah lebih manis dapat berduet dengan Siti dalam album dan di pentas. 


“Bagi saya, beliau seorang yang cukup berbakat besar. Vokalnya cukup unik selain mempunyai peribadi yang begitu merendah diri. Tidak hairan namanya tetap mengharum hingga kini. Saya gembira apabila Siti menerima pelawaan ini,” katanya ketika ditemui selepas rakaman. 





Walaupun diserang demam lima hari sebelum itu, Siti yang mengambil suntikan semata-mata untuk sembuh dalam kadar segera mengakui berdebar untuk masuk studio bersama Sami, namun mengakui sudah melakukan persediaan mental dan fizikal. 

“Pihak Sami mempelawa saya berduet untuk lagu ciptaannya sendiri itu kira-kira dua bulan lalu. 
Saya sendiri mengagumi dendangannya yang berunsur kerohanian dan kemanusiaan sejak dulu. Jadi saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya. 

“Cuma dalam tempoh seminggu lalu, saya demam. Bimbang juga jika masalah kesihatan ini boleh mengganggu proses rakaman, apatah lagi Sami datang dari jauh. 

Setahu saya, Sami juga seorang yang teliti. Syukurlah kesihatan saya bertambah bagus hari ini,” katanya. 

Membawakan lagu berkenaan dalam tiga versi iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab, penerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, memaklumkan ia bukan masalah. 

“Saya menyukai melodi dan lirik You Came To Me yang cukup indah. Mesej ini dapat disampaikan lebih meluas dengan penyampaian tiga bahasa. Malah untuk lenggok Arab, saya rasa tiada masalah kerana mempunyai guru yang bagus,” ulas Siti lagi melirik ke arah Sami sambil tersenyum. 

Sememangnya kedua-dua penyanyi tersohor ini cukup mementingkan kesempurnaan. Sebelum rakaman bermula, masingmasing saling berbincang, malah Siti turut meminta tunjuk ajar bintang berusia 31 tahun itu membawakan lagu terbabit dalam lenggok Arab. 

Bukan hanya wakil media tempatan, difahamkan beberapa wartawan dan jurugambar dari Singapura juga didatangkan khas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pengumuman konsert serta rakaman lagu duet Sami dan Siti. 

Sementara itu, bagi Sami yang lebih dulu menghiburkan peminat Kota Singa di Stadium Tertutup Singapura, 8 Julai nanti, harapannya hanya satu iaitu menyatukan seluruh masyarakat tanpa sebarang jurang yang berkongsi udara serta langit yang sama. 

Terdahulu, komposer dan penerbit kelahiran Tehran yang dibesarkan di London ini mula mencipta nama menerusi album sulung Al-Mu'allim pada 2003, malah jualan setiap albumnya mencecah jutaan keping. Selain anugerah, konsertnya di seluruh pelosok dunia meraih kehadiran luar biasa.


Sumber: Berita Harian

Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Unknown










Luna Maya_'Bukan Isunya!'

Luna Maya_'Bukan Isunya!'

Luna Maya persoal pihak mempertikai dirinya ada hubungan dengan beberapa ahli perniagaan



SEAKAN merelakan segala yang diperkatakan kekal menjadi tanda tanya, gadis kelahiran Denpasar, Bali berusia 29 tahun ini lebih selesa mengunci mulut daripada berbicara mengenai soal hati.


Meskipun berhembus khabar mengenai dirinya yang sudah menemui pengganti selepas hubungan cinta selama tiga tahun yang dijalin bersama vokalis Peterpan, Ariel dikatakan menemui noktah, Luna Maya kental dengan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadinya.

Siapa pun jejaka yang mendekati saya, itu bukan masalah. Malah ia bukan sesuatu yang negatif". - Luna Maya

Luna pernah dilihat keluar beriringan dengan jejaka lain, malah ada yang mendakwa menemuinya berdua-duaan dengan seorang pengusaha restoran.


Namun ketika diminta kepastian mengenai perkara itu, gadis yang terpaksa menelan pahit ekoran kontroversi video porno bersama Ariel, tiga tahun lalu ini hanya tersenyum.


Tidak mengelak, jauh sekali membantah apa yang heboh diperkatakan gadis yang menerjuni dunia lakonan lewat filem, 30 Hari Mencari Cinta pada 2004 ini mengakui memang akrab dengan beberapa ahli perniagaan.

“Saya juga seorang pengusaha, malah semua orang juga perlu berusaha seperti saya yang sedang mengusahakan pembikinan filem. 
“Siapa pun jejaka yang mendekati saya, itu bukan masalah. Malah ia bukan sesuatu yang negatif,” tangkis Luna seperti memohon pengertian semua supaya isu itu tidak berpanjangan dibahaskan.

Terus diasak dengan pertanyaan, apakah ada jejaka baru yang hadir menyemarakkan gelora asmara dalam dirinya, Luna tetap mempertahankan pendirian.

Bibirnya terkunci rapat, malah pelakon filem, Ratu Kosmopolitan enggan perkara itu dijadikan sebagai isu untuk kembali mengheretnya dalam kemelut tidak bernoktah.

Bagi Luna, perkara itu sekadar isu remeh yang cuba diperbesarkan hingga ada pihak mempertikai kejayaannya menduduki kerusi sutradara didorong oleh keakrabannya dengan ahli perniagaan tertentu.

“Mereka yang dekat dengan saya, sama ada teman atau keluarga sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya lakukan.

“Lagipun apa yang saya kerjakan sekarang bukan sesuatu yang negatif. Secara peribadi, saya juga mengingini pembaharuan dalam hidup dan ini (bergelar sutradara) adalah satu kemajuan diri saya sebagai individu,” katanya.

Meletakkan dirinya masih dalam proses pembelajaran, Luna berkata, hubungannya dengan ahli perniagaan yang diperkatakan itu terbatas pada sudut profesional semata-mata.

“Mengenali mereka menunjukkan keinginan saya untuk membawa diri ke satu tahap lebih tinggi. Jika ia sesuatu yang positif, pasti semua orang akan menyokong.

“Mengapa perkara ini harus dijadikan isu. Lainlah jika saya melakukan hal yang negatif, saya tidak akan marah kalau ada yang membantah,” katanya.

Bergelut dengan dunia lakonan lebih lapan tahun lalu, Luna hanya meraih kepercayaan membawa watak utama menerusi filem Bangsal 13 pada 2005 selepas menimba pengalaman dalam produksi, 30 Hari Mencari Cinta dan Brownies dengan memainkan peranan kecil.

Keampuhan bakat yang ditonjolkan dalam Cinta Silver melonjakkan namanya sebagai antara barisan pelapis dunia lakonan, meletakkan Luna pada kedudukan paling selesa.

Bersemangat jadi sutradara

PERJALANAN panjang itu akhirnya memantapkan hati Luna untuk melakukan sesuatu yang membentangkan cabaran dan tentangan baru.

Luna kini bergelar produser dan sutradara dalam usaha menambah portfolio kerjaya seninya, di samping mencari kepuasan selepas sekian lama berlakon.
“Saya sudah terlalu penat, menerima panggilan dan menjalani penggambaran dari pagi hingga keesokan pagi jadi harus ada inovasi dalam diri Luna Maya,” katanya.

Luna berkata, menjadi keinginan dalam dirinya untuk melakukan sesuatu kepada industri perfileman kerana setiap kali mengerjakan produksi, dia tidak pernah berasa puas.

“Perasaan ini bukan hanya saya saja merasainya tetapi juga sutradara atau pelakon lain. Kita tidak akan pernah berasa puas, malah sentiasa berkeinginan melakukan pembaharuan.

“Saya sentiasa kagum apabila melihat sesebuah filem sempurna. Semua itu di bawah kawalan sutradara. Membikin filem itu seperti memegang magnet yang kuat.

”Tetapi sering kita melihat akan ada kekurangan dan kelemahannya, sama seperti berlakon. Kita sentiasa ingin menjadi lebih baik, nama pun karya jadi tidak akan pernah selepas selesai melakukannya,” kata Luna ketika ditemui pada majlis kesyukuran filem, Pintu Harmonika di Menteng, Jakarta Pusat, baru-baru ini.

Garap kisah buli kanak-kanak 

MENEKUNI dunia pengarahan dan penerbitan secara tidak langsung melonjakkan karier Luna ke satu tahap baru, malah membawanya keluar dari zon selesa sebagai seorang aktres.

Enggan terus berada di situ, Luna memilih untuk maju selangkah dan bukti dirinya serius diterjemahkan dalam Pintu Harmonika yang mengangkat isu berat mengenai isu buli kanak-kanak. 

Menyifatkan tanggungjawab baru yang disandangnya itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan, aktres yang turut dikenali sebagai penyanyi ini berkata, penghasilan sebuah filem yang baik menuntut sinergi antara pelakon dan pengarah.

“Jika kedua-duanya bersatu dengan baik, kita akan menikmati sebuah filem yang cukup ramuannya. Lakonan seseorang pelakon itu akan berhasil kerana pengaruh pengarahnya.

“Tetapi jika filem itu enak dinikmati, itu bermakna pelakon berjaya memberikan apa yang dimahukan,” katanya yang tidak mengikuti pengajian formal untuk memulakan langkah sebagai sutradara, sebaliknya belajar sendiri dengan menonton filem, melihat proses penggambaran serta bertukar pandangan dengan pekerja di balik tabir.

“Saya banyak bergaul dengan mereka yang berada di balik tabir dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin ilmu. Memang pada awal sulit untuk difahami tetapi saya belajar dengan mempraktikkannya.

“Saya cuma memberikan penekanan kepada penghayatan, jika bagus itu sudah memadai,” katanya yang menyimpan impian untuk mengarahkan filem yang mampu memberi wajah baru kepada industri perfileman Indonesia.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.










Unknown










Telefon Mudah Meletup

Telefon Mudah Meletup
MOHAMED SHARIL bertukar dokumen perjanjian dengan Zainal Abidin
di Cyberjaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Produk tak ikut piawaian banjiri pasaran ancam nyawa: SKMM



CYBERJAYA: Pengguna perlu berhati-hati ketika membeli telefon bimbit, komputer riba dan komputer tablet kerana kira-kira 30 peratus daripada peralatan yang dijual di pasaran negara ini tidak memenuhi piawaian keselamatan teknikal antarabangsa serta berbahaya digunakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi selepas menerima aduan orang ramai banyak telefon bimbit seludup yang digelar sebagai ‘underwater atau submarine handset’ di kalangan peniaga, tidak menepati piawaian.

Kita berharap kerjasama ini bukan hanya membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna terbeli peralatan seludup. - Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM

“Jika pengguna membeli produk telekomunikasi seperti telefon yang tidak memenuhi piawaian, anda mungkin terdedah kepada kejadian ia meletup ketika di dalam saku atau ketika digunakan.


“Kita menasihatkan pengguna membeli peralatan yang disahkan selamat dan mempunyai label SKMM bagi menjamin keselamatan diri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM), di sini semalam.

Beliau berkata, SKMM juga bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi memantau kemasukan produk telekomunikasi yang tidak memenuhi piawaian daripada memasuki pasaran Malaysia menerusi pintu masuk dan pelabuhan utama di seluruh negara.

“Ramai peniaga produk telekomunikasi di Malaysia sudah mematuhi piawaian penjualan produk telekomunikasi, namun masih ada segelintir yang menyeludup masuk barangan itu,” katanya. 
MoU itu membabitkan pemeteraian perkongsian pintar antara SKMM dengan SIRIM bagi memantau penjualan dan mengawal selia pemasaran produk telekomunikasi menerusi penggunaan aplikasi 'Online Centification for Communication & Multimedia' (e-ComM) yang dibangunkan oleh Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net). 

“Kita berharap kerjasama ini bukan hanya dapat membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna daripada terbeli peralatan seludup,” katanya.

Aplikasi e-ComM turut digabungkan dengan Malaysia's National Single Window (NSW) yang dibangunkan oleh Dagang Net, iaitu syarikat dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai pemudahcara perdagangan dan kelulusan KDRM. 

Penggunaan aplikasi e-ComM juga bagi memastikan tanda atau label persijilan SKMM digunakan dengan betul tanpa sebarang unsur penipuan dan pemalsuan serta membantu SKMM menyediakan laporan berkala.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.









Unknown










Lufya Rimas

Lufya Rimas
Lufya
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Ditohmah, diganggu kerana kontroversi dicetuskan artis lain 


ARTIS kelahiran program Akademi Fantasia ini kegelisahan apabila dikecam akibat kontroversi dicetuskan orang lain. Dek wajah mereka yang seakan sama, Lufya menerima tempiasnya setiap kali isu panas membabitkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah tersebar.

Bukan saja diganggu, malah dirinya dan keluarga ditohmah pelbagai tuduhan memalukan, gara-gara kontroversi dikaitkan dengan pelakon Anak Pontianak itu. Kata Lufya, secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

Setelah hampir empat tahun berdiam diri, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 26, tampil bersuara demi membersihkan namanya. Dia yang dihubungi baru-baru ini tekad menyuarakan hal itu supaya orang ramai berhenti mengaitkan isu gambar seksi dan kehidupan liar dengan dirinya. 

Tidak menyalahkan Anjoulie, malah Lufya menghormati pendirian dan cara kehidupan pelakon itu. Namun dia tidak selesa apabila nama baiknya terjejas berikutan kontroversi yang tercetus itu. 

“Saya sedar kami nampak seiras dan memang ramai orang di luar sana sering salah sangka bahawa saya ialah Anjoulie. Bukan orang luar saja, orang dalam industri pun ramai yang tersalah sangka. Perkara ini membuatkan saya tak tenang. 

“Saya sering menerima gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali. Sebahagiannya memegang saya tanpa izin, serta pelbagai lagi kelakuan tak senonoh. Boleh dikatakan, setiap kali isu mengenainya muncul, pasti saya akan menerima tempiasnya, termasuk isu gambar seksi yang diuar-uarkan sebelum ini. Ramai yang ingat saya yang yang bergambar seksi itu. 

“Apabila perkara ini berlaku, saya mula rimas. Sudah hampir tiga ke empat tahun saya mengalami masalah ini. Pada mulanya saya tak mahu bercakap mengenainya. Tetapi makin lama, ia makin serius. Ramai yang mengatakan saya berkelakuan tidak senonoh, seperti suka bersosial dan sering ke parti. Sedangkan, saya bukan jenis seperti itu. 


“Contohnya, apabila saya keluar ke pusat beli-belah, ada yang memandang serong dan berkata yang bukan-bukan, sekali gus membuatkan saya tak selesa. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan imej saya dan nama baik keluarga saya. Sebab itu kawan-kawan saya menggalakkan saya bersuara bagi membersihkan nama sendiri. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan isu dicetuskan olehnya lagi. Saya juga tak mahu keluarga saya terganggu,” katanya yang berharap kekeliruan itu terhenti segera. 

Gadis berdarah kacukan Arab-Melayu-Indonesia ini juga mengambil tindakan meluahkannya di laman Facebook miliknya, beberapa hari lalu. Lufya tidak rela namanya dikenali kerana kontroversi, sebaliknya bakat yang dimiliki. 

Dia mengaku, namanya kurang menghiasi dada akhbar. Begitupun ia tidak bermakna dirinya tidak lagi aktif. Sebaliknya Lufya sibuk dengan kerjaya seni, sebagai penyanyi dan hos rancangan Jamming dan Podium. 

“Saya akui karier saya kurang diperkatakan media, tapi saya masih aktif dan banyak terbabit dengan persembahan korporat. Saya tidak pernah mengetepikan nyanyian walaupun sibuk mengacara. Saya tetap curi masa ke studio untuk mencipta lagu. Kini saya sedang mengumpul bahan untuk album dan single baru. Memang ia mengambil masa kerana semua ini dihasilkan dengan duit sendiri,” katanya.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...