Unknown











Ana Raffali Tunang 30 Minit

SAH... Naim menyarungkan cincin ke jari Ana selepas akad nikah.

KUALA LUMPUR: Dia hanya bertunang dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim selama 30 minit, kemudian tepat jam 11.55 pagi penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, semalam.

Menamatkan zaman dara pada usia 26 tahun dengan Naim, 30, Ana dinikahkan bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dalam majlis sederhana di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.


Pasangan yang memakai persalinan berwarna kelabu itu turut bersyukur apabila hubungan terjalin selama tujuh tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.


“Saya bersyukur apabila hubungan kami berakhir dengan ikatan sah pada hari ini (semalam).


“Majlis ini diadakan secara sederhana tanpa bersanding kerana kami berpendapat perlu mengutamakan perkara wajib dan dituntut agama.



“Kesempatan itu memberi kami berpeluang menemui semua tetamu membabitkan ahli keluarga, sanak saudara dan teman yang sudi meraikan hari bahagia kami,” katanya selepas diijabkabulkan.









Mengulas mengenai cahaya mata, Ana berkata, kedua-dua belah keluarga memiliki keluarga besar tetapi dia enggan menetapkan jumlah anak, sebaliknya berserah kepada rezeki Allah.



Sementara itu, Naim yang bakal menguruskan kerjaya seni isterinya menyifatkan Ana sebagai insan paling istimewa di hatinya.


“Apabila wujud perasaan cinta dan sayang terhadap pasangan, semestinya pandangan mata saya semua adalah terbaik jika ia berkaitan Ana.


“Mengenai pengurusan kerjaya Ana, saya yakin kami boleh bersikap profesional untuk membezakan hal peribadi mahupun karier Ana,” kata Naim.



Ana menerima tujuh dulang hantaran, termasuk mas kahwin dalam bentuk cek bernilai RM11,412, sepasang telekung, seutas gelang emas putih, minyak wangi, sirih junjung, coklat dan manisan.


Sembilan dulang buat Naim pula ialah sebentuk cincin, iPad, kamera, jam tangan dan minyak wangi, dompet, kek, buahan, bunga rampai dan sirih junjung.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.


Label: , 0 ulasan | edit post
Unknown












'Malaysia' mln Liverpool




Aksi Cardiff pada final Piala Liga di Wembley jadi detik bersejarah negara


APA jua keputusan final Piala Liga antara Cardiff City dan Liverpool di Stadium Wembley malam ini, kemenangan tetap menjadi milik Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah, nama negara terpampang di dada 11 pemain kelab milik syarikat tempatan itu.


Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata, tidak terlintas di fikirannya tiga bulan lalu betapa kelab dari Liga Kejuaraan yang baru diambil alih itu, akan beraksi di Wembley.

Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini. - Chan Tien Ghee, Pengerusi Cardiff City

“Peluang bermain di Wembley dan menentang pasukan hebat seperti Liverpool adalah satu pencapaian besar buat Cardiff dan Malaysia,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berada di London, semalam.

“Malaysia turut meraikan peristiwa bersejarah ini kerana nama negara terpampang di jersi pemain Cardiff, itu boleh dianggap satu kemenangan buat negara.

“Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini.”

Walaupun Cardiff belum mempunyai kumpulan penyokong yang besar di kalangan peminat di Malaysia berbanding Liverpool, Chelsea atau Manchester United, hakikat kelab berkenaan mempunyai pertalian rapat dengan negara, mampu menjadi asas kukuh untuk membentuk kumpulan penyokong yang besar di tanah air. 

“Di Wales sendiri, sambutan terhadap Malaysia cukup besar dan sebahagian penduduknya mula mengenali negara kita sejak pemilikan kelab ini pada Mei 2010,” kata Tien Ghee. “Malah pemain Cardiff yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia, menganggap negara sebagai rumah kedua mereka.”











Menyentuh peluang Cardiff melakukan kejutan pada final pertama Piala Liga, Tien Ghee berkata, apa saja boleh berlaku tetapi yang penting skuad kendalian Malky Mackay yang diberi jolokan Bluebirds itu mempamerkan aksi berkualiti malam ini.

“Kami ada peluang dan pemain bersemangat tinggi untuk berjaya. Kami tahu harapan tinggi diletakkan peminat, terutama 32,000 penyokong dari Wales yang hadir ke London. Begitu juga peminat dari Malaysia. Saya harap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



Unknown











Sudirman Satu Dalam Sejuta



TARIKH 22 Februari mungkin tidak membawa pengertian buat mereka yang tidak mempunyai kepentingan di dalamnya. Tiada apa yang istimewa untuk diingati.

Namun, pada tarikh inilah negara kehilangan sebutir bintang yang sangat bersinar 20 tahun lalu. Tarikh ini cukup menyedihkan buat keluarga serta peminat artis tersohor yang pernah bergelar penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad. 



Sudirman, anak kelahiran Temerloh pada 25 Mei 1954 meninggalkan kita pada Sabtu, 22 Februari 1992, jam 4 pagi. Pemergiannya pada usia 37 tahun membawa pelbagai cerita dan derita yang tidak mampu ditafsirkan oleh orang lain. Namun semua luahan hatinya itu dizahirkan menerusi lirik puitis tulisan rakan baik merangkap kakak angkatnya, Habsah Hassan atau Kak Chah.

Walaupun pemergiannya sudah mencecah dua dekad, Sudirman yang mempunyai ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Malaya namun memilih menjadi penghibur rakyat, tetap hidup dalam jiwa masyarakat. Lagu-lagunya tidak pernah tertinggal menjadi siulan ramai setiap kali menjelang sambutan hari raya dan Hari Kemerdekaan.




Habsah yang mengenali Sudirman selepas kemenangannya pada Bintang RTM 1976 berkata, perjalanan masa bakal memungkinkan nama penyanyi ini dilupakan terutama oleh generasi muda yang tidak pernah mengenalinya. Namun dalam masa sama, dia tidak menolak nama Sudirman akan kekal diingati menerusi lagu peninggalannya yang menyentuh pelbagai genre.



“Dia berjaya tinggalkan lagu yang sentiasa kena dengan setiap situasi. Dia ada personaliti dan keistimewaan tersendiri. Kita tak ramai penghibur yang mempunyai keistimewaan seperti dia. Bahkan dia boleh dianggap penghibur negara yang tiada tandingan kerana konsep 1Malaysia yang dibawakan menerusi persembahan dan lagu-lagunya mendahului zaman.

“Dia penghibur yang jauh melangkaui usia, taraf kedudukan dan bangsa. Dia juga contoh penyanyi yang berpelajaran tinggi dan menggunakan ilmunya untuk mendidik masyarakat. Biarpun kita ada ramai penyanyi sekarang, belum nampak ada yang macam dia,” katanya menggambarkan pandangan ikhlas terhadap keistimewaan penyanyi bertubuh cilik ini. 

Tambah Habsah, bagi mengingati pemergian Sudirman alangkah elok sekiranya stesen TV menayangkan semula program membabitkan penyanyi ini seperti mana Astro yang sering menayangkan filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Ini perlu untuk memberitahu kehebatan Allahyarham di kalangan generasi baru. Mereka tahu mengenai lagu Hari Raya dan Hari Kemerdekaan nyanyiannya, tetapi tidak tahu kehebatannya beraksi atas pentas. Dia milik masyarakat dan berapa kerat penyanyi kita yang ada corak patriotisme dalam persembahan mereka.

“Sebenarnya suara dia bukan hebat sangat. Suara dia biasa tetapi penghayatannya pada setiap lagu sangat hebat. Caranya menghiburkan pun tak sama dalam setiap persembahan. Sudirman satu-satunya anak Malaysia bergelar penghibur yang bijak dan pandai mengendalikan situasi persembahan dan peminat,” katanya. 

Sebagai mengenang jasa Allahyarham, Sudirman dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada 2009. Habsah mengakui berterima kasih dengan pengiktirafan yang diberikan. Bagaimanapun katanya, sejauh mana masyarakat menghargainya kerana ia datang dari kerajaan negeri, bukannya persekutuan.

“Seperti saya kata, Sudirman melangkaui semua kaum. Cuma Tuhan lebih sayangkan dia. Saya rasa wajar kerajaan bagi sesuatu dengan menamakan jalan dengan namanya. Pengiktirafan ini perlu kena dengan apa yang diberikannya. Kalau di RTM ada Auditorium P Ramlee, apa salahnya diletakkan namanya juga kerana dia lahir di RTM.

“Perlu ada memorial Sudirman sebagai mengenang jasanya. Masyarakat tidak akan mempertikai kerana mereka mengakui sumbangannya. Apatah lagi ia menepati konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh kerajaan sekarang. Sempena 20 tahun pemergiannya, saya tengok pelbagai program diadakan untuk mengenangnya.






“Di RTM, TV3 dan stesen radio, ada segmen mengenang Allahyarham. Ada yang berbentuk konsert orkestra dan ada juga majlis tahlil. Ini satu perkembangan yang baik. Sudirman boleh dijadikan contoh dari segi akademik dan persembahan. Kita tidak malu jika jadikan dia sebagai contoh kerana industri seni perlu orang yang bijak. Kita tidak ramai artis sebegini.

“Sebenarnya Sudirman akan buat sesuatu sebaik mungkin dan dia tidak fikir sangat dari segi keuntungan. Namanya hebat tetapi dari segi wang ringgit memang tiada. Komitmen dia untuk persembahan mengatasi segala-galanya,” jelas Habsah yang akan mengadakan majlis mengenang Sudirman di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 25 Februari (hari ini).

Ditanya apakah dia tidak jemu bercerita mengenai Sudirman setiap kali tibanya tarikh ini, Habsah berkata, ia sudah menjadi kewajipannya untuk memberitahu kisah penyanyi ini kepada masyarakat.

“Kebetulan kami rapat sebagai kakak dan adik, jadi apa salahnya saya kongsi cerita dengan semua. Memang sesekali terasa bosan bercerita benda sama, tetapi saya fikirkan generasi baru yang tidak kenal Sudirman, pasti akan tahu apabila mendengar atau membacanya. Saya buat atas dasar memelihara kesinambungan kisah Allahyarham sementara saya masih ada (hidup). 

“Bukan sengaja nak menumpang glamor tetapi saya banyak kenangan dengan dia. Satu perkara yang tidak kesampaian, kami ada merancang nak hasilkan filem bersama. Secara kasar kedua-dua belah pihak sudah bersetuju, tapi ia tidak jadi kenyataan,” terang Habsah.

Bagi komposer Fauzi Marzuki, pengalaman bekerja dengan Sudirman sememangnya penuh dengan pahit dan manis. Ideanya yang banyak serta pelbagai menjadikan ia satu cabaran yang perlu disambut.

“Idea ini akan ditulis di atas kertas dan ditunjukkan dalam perbincangan. Seboleh mungkin dia akan minta kita bersama selesaikan kertas cadangannya. Contohnya ketika konsertnya di Jalan Chow Kit, pelbagai perkara perlu diteliti dari segi ‘ground work’ yang membabitkan ramai pihak seperti anggota keselamatan, permit dan sebagainya.

“Kalau sekarang mungkin susah kebenaran nak diberikan. Ketika itu kerana Sudirman dan lagunya Chow Kit Road, dia diberikan kebenaran. Namanya boleh meyakinkan orang untuk memberikan kerjasama. Ketika merakam album pula, dia akan bagi lagu-lagu yang dia fikir sesuai untuknya. Malah liriknya pun dah disiapkan. Ini satu cabaran untuk menjadikan lagu ini satu realiti.

“Kalau dibandingkan dengan penyanyi lain, dia sudah jauh ke depan. Dia ada arah sendiri. Seorang yang rajin dan buat persediaan awal serta berusaha mendapatkan apa yang diinginkan. Banyak pengalaman saya kumpul ketika bekerja dengannya sebagai penerbit. Apabila saya bekerja dengan artis lain, perkara ini akan jadi mudah. Boleh dikatakan kami sama-sama belajar menerusi proses ini.

“Sudirman sangat profesional ketika bekerja. Kalau ada masalah pun hanya yang kecil. Dia sangat percayakan semua individu yang bekerja dengannya. Tidak dinafikan semasa bekerja, berlaku juga suasana tegang. Dia akan tulis perkara yang tidak puas hati besar-besar menggunakan ‘marker pen’ di atas kertas dan suruh pekerjanya hantar kepada saya.

“Saya perlu menyediakan jawapan dan alasan untuk setiap perkara. Isu ini akan dibincangkan membabitkan saya, pengurusnya dan wakil EMI. Dari sinilah kami mencari jalan penyelesaian. Apabila ke luar negara, Sudirman tidak lupa membeli hadiah buat saya. Prinsipnya, kawan tetap kawan dan bisnes tetap bisnes,” kata Fauzi yang berharap penghargaan diberikan untuk seseorang artis yang layak ketika mereka masih hidup.

Trivia Sudirman


  • Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan ‘Lukisan Irama’ terbitan Doreen Chia.


  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978


  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985


  • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985


  • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987


  • Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar


  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989


  • Asia’s Number One Performer 1989


  • Anugerah Guinness


  • Pingat Ahli Mangku Negara pada 1988


  • Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang pada 1992


  • Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992


  • Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993


  • Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993


  • Darjah Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada 2009.
    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






  • Label: , 0 ulasan | edit post
    Unknown











    Demo Lucah Kursus Urut



    KUALA LUMPUR: Apa yang dihajati ialah ilmu mengurut, namun yang dipertontonkan ialah demonstrasi urutan lucah apabila pengajar lelaki dengan selamba mengurut kemaluan dan payudara peserta wanita yang secara sukarela melondehkan pakaiannya.

    Itu yang didakwa berlaku dalam satu kursus urutan tradisional di sebuah premis di ibu negara sehingga mengejutkan sepasang suami isteri yang menghadirinya bersama 30 peserta lain membabitkan lelaki dan wanita. 







    Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asman, 50, dan Laila, 47, berkata tindakan pengendali kursus itu sungguh mengaibkan dan ia berbeza dengan modul yang diiklankan kepada umum.


    “Saya sukar menerima hakikat apabila ada peserta perempuan yang tampil sukarela menjadi model dan tergamak membenarkan pengajar lelaki itu mengurut kemaluan dan payudaranya di depan peserta wanita lain,” kata Laila.


    Pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan refleksologi itu ditemui Harian Metro ketika mereka membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



    Unknown












    Dato Siti Nurhaliza Idam Konsert Mega

    Siti Nurhaliza

    Siti janjikan persembahan berskala besar selepas pilihan raya 


    SETELAH agak lama tidak menghiburkan peminat setia di pentas besar, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengidamkan konsert mega seperti pernah dijayakannya kira-kira 11 tahun lalu.


    Konsert Mega Siti Nurhaliza, Bukit Jalil 2001 menjadi titik tolak perkembangan karier seninya sehingga kini dan pengalaman itu yang ingin diulangi olehnya pada tahun ini.


    Impian mengadakan konsert solo di pentas berprestij seperti Istana Budaya; Royal Albert Hall, London; dan Stadium Tertutup, Singapura, sudah pun terlaksana. Namun keinginan untuk mengembalikan konsert meganya belum dapat direalisasikan sehingga kini. 

    “Siti menginginkan konsert besar seperti yang pernah Siti lakukan dulu, tahun ini, insya-Allah. Walaupun tidak dapat mengadakan konsert mega, akan ada satu konsert untuk peminat. 

    “Siti nak buat kemunculan semula seperti zaman sebelum kahwin, tetapi memandangkan dalam masa terdekat ini ada pilihan raya, jadi konsert itu mungkin akan diadakan selepas itu,” katanya selepas melancarkan produk terbaru SimplySiti, Dermagic. 

    Konsert Satu Suara bersama Aizat dan Faizal Tahir, Konsert Bagaikan Sakti bergandingan dengan Datuk M Nasir dan Siti Nurhaliza Live @ Alumbra, Australia adalah konsert terakhirnya yang diadakan dua tahun lalu. 

    Meskipun kurang dilihat mengadakan persembahan di tempat terbuka mahupun konsert, Siti yang akan mengadakan persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, 8 April ini, pada hakikatnya tetap aktif bidang muzik. Malah dia semakin sibuk menerima tawaran menyanyi pada majlis korporat. 

    Ketika yang sama, usahawan kosmetik dan penjagaan kulit ini tidak sekali-kali mengabaikan perniagaannya, bahkan akan mengeluarkan produk minyak wangi sendiri pada April. 

    “Produk kecantikan Siti sudah dua tahun di pasaran dan dengan kemunculan Dermagic ini akan memberi lebih kepuasan kepada pengguna. Produk kecantikan diri ini akan terus Siti terokai bagi menambah atau membuat pembaharuan pada produk akan datang. 









    “Buat masa sekarang Siti belum terfikir nak terokai bidang lain kerana minat Siti lebih terarah kepada kecantikan. Kami di syarikat ini juga sedang berusaha untuk membawa masuk produk ke pasaran Indonesia selepas Brunei,” katanya yang menjadi pengusaha produk tempatan pertama menggunakan Plant Endorphin dalam kosmetik. 

    Selain produk sedia ada yang lebih memfokuskan kepada golongan wanita, Siti juga berhasrat menghasilkan produk penjagaan kulit untuk lelaki pada masa depan.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



    Unknown











    Anak tiri jadi ‘isteri kedua’



    KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

    Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

    Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. 


    “Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.







    Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





    Unknown










    Daftar email dibawah untuk mendapat hadiah istimewa daripada saya.




    First Name
    Last Name
    Email


    Tinggalkan watak komedi


    Nora menggigil lakon babak ranjang bersama Adi Putra

    SUKAR dan mencabar, tetapi itulah cabaran yang diingini Nora Danish selama ini dalam bidang lakonan setelah sekian lama tidak tampil di layar lebar.
    Keyakinan untuk menerima tawaran watak sedemikian pula kian menjelma selepas dia membintangi drama Tentang Dhia, yang dianggapnya lebih mematangkan persembahan dirinya dalam lakonan.
    Tidak salah memberi persepsi berbeza kepada pelakon komedi seperti saya. Drama Tentang Dhia pula nyata memberi impak tersendiri, memberikan kelainan kepada persembahan saya, daripada kelakar kepada serius. - Nora Danish
    Terbaru, Nora bakal memegang watak utama sebagai Arlisa dalam filem Aku Terima Nikahnya, terbitan MIG.

    Ibu kepada seorang cahaya mata ini menganggap, watak seorang isteri yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan bagi mengembalikan ingatan suaminya, Johan (lakonan Adi Putra), suatu watak yang amat mencabar keupayaan dirinya. Penampilannya dalam filem itu juga dirasakan mampu mengubah tanggapan peminat terhadap kebolehannya di depan kamera.

    Berbekalkan pengalaman sebagai seorang isteri dan dugaan yang dihadapi dalam berumah tangga sebelum ini sedikit-sebanyak membantunya menjiwai lagi watak itu.

    “Saya meletakkan kedukaan hidup dan pengalaman sebagai seorang isteri sebagai rujukan untuk membawakan watak ini. Ia watak berat pertama saya dalam filem dan pada 2012 ini, saya berazam untuk memainkan watak lebih serius. 

    “Tidak salah meletakkan atau memberi persepsi berbeza kepada pelakon komedi seperti saya. Drama Tentang Dhia pula nyata memberi impak tersendiri, memberikan kelainan kepada persembahan saya, daripada kelakar kepada serius,” katanya.







    Berasakan banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam filem terbabit, terutama dalam permainan emosi, Nora menganggap inilah peluangnya bagi mempelbagaikan corak lakonan agar tidak dilihat klise. 

    Mahu terus dilihat sebagai pelakon berkarakter, Nora akan memberikan tumpuan kepada watak sedemikian pada masa depan dan tidak lagi menerima watak komedi.
    “Saya suka pelbagai watak dan rasanya, sudah cukuplah selama ini saya dikenali dengan watak komedi.

    “Memang susah nak lakonkan watak cerita cinta kerana ia banyak bermain dengan emosi dan memerlukan penghayatan mendalam. Kali pertama berlakon dengan Adi Putra, sudah cukup membuatkan diri saya bergetar,” katanya. 

    Menganggap Adi sebagai pelakon yang mempunyai aura dan berkarisma berbanding pelakon lelaki lain, membuatkan Nora ada kala hilang fokus dan gugup.

    “Dia seorang yang berkarisma sehinggakan saya menggigil ketika melakonkan babak di bilik tidur dalam drama Tentang Dhia,” katanya yang akan terbabit dengan penggambaran drama 28 episod arahan Erma Fatima bulan depan.


    INFO: Antara filem lakonan Nora

  • Senario: Pemburu Emas Yamashita


  • Gila-Gila Pengantin Popular


  • Jangan Pandang Belakang Congkak 2


  • Cuti-Cuti Cinta

    Antara drama lakonan:



  • Puteri 


  • Pendekar 5 


  • Sumpah Bunian


  • Tiga Serumah


  • Putera Katak


  • Arjuna


  • Khurafat The Series


  • Tentang Dhia

    Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.








  • Unknown












    Kemilau Jubli Perak





    Acara kemuncak ABPBH 2011 meriah dengan barisan wajah popular 


    ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang bakal mencapai kemuncaknya pada 8 April nanti akan diserikan dengan kemunculan barisan artis popular, baru dan lama sebagai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah.








    Nama sinonim dengan acara terbabit, Raja Azura dan Sharifah Shahira akan bergandingan sekali lagi sebagai pengacara majlis. Kali ini, gandingan mantap itu diperkuatkan dengan kehadiran pelawak terkenal, Zizan serta artis komedi popular, Didie Alias.

    Majlis gilang-gemilang yang sekali lagi memilih Arena Of Stars di Genting Highlands sebagai lokasi, bakal dihangatkan dengan persembahan istimewa barisan penyanyi dan pelakon popular tanah air. 

    Antara artis yang akan mengadakan persembahan malam berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, Ramlah Ram, Tam Spider, Aizat, Salma, Black, Shila Amzah, Hafiz, Adira, Watie Elite, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ezlynn, Jaclyn Victor, One Nation Emcees, Azlan & The Typewriter, Stacy, Alyah dan Man Kidal. 

    Artis yang akan menyampaikan trofi pula termasuk Rosyam Nor, Nur Fazura, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Wan Maimunah, Datuk DJ Dave, Mustapha Kamal, Adi Putra dan Erra Fazira. Senarai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah diumumkan semalam di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang, Selangor. 

    Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Bersama ABPBH2011, Zainuri Misfar dan Pengurus Jenama LUX, Tanya Teng. 

    Produk mandian LUX akan menyerlahkan lagi acara anugerah berprestij itu dengan peraduan LUX Gemilang Bersama Bintang (GBB). Pemenang peraduan terbabit bakal melintasi permaidani merah bersama Bintang LUX, Fazura pada malam kemuncak nanti. 

    Pada majlis sama, Hanizam dan Zainuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pereka Popular ABPBH 2010. Trofi dimenangi pereka, Rizman Ruzaini bagi kategori wanita untuk pakaian yang digayakan Siti, manakala Lord’s Tailor menang kategori artis lelaki menerusi sut dikenakan Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam. 

    Semua pemenang masing-masing membawa pulang set barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 berserta trofi.



    Nota:


    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



    Unknown











    Janda jual air liur kebas RM5,000


    KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji
    untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit.
    KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.







    Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.


    “Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

    “Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.


    Nota:


    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




    Unknown

    Anugerah Grammy ke-54

    MANTAP...persembahan Adele mendapat ‘standing ovation’.
    RAMALAN kemenangan penyanyi popular Britain, Adele pada acara anugerah muzik berprestij antarabangsa, Anugerah Grammy ke-54 berlangsung di Staples Center, Los Angeles pagi semalam tepat apabila penyanyi itu sapu bersih enam anugerah yang tercalon untuk dirinya kali ini.

    Ini adalah Grammy kedua diterima penyanyi berusia 23 tahun itu selepas menang Artis Baru Terbaik pada 2009. 

    Kejutan yang diduga itu bukan saja menyaksikan Adele berbangga menerusi album judul 21 menang anugerah utama, Album Terbaik manakala lagu Rolling in the Deep meraih anugerah Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik (Someone Like You), Album Vokal Pop Terbaik dan Muzik Video Terbaik.


    Ketika naik ke pentas menerima anugerah bersama produser, Paul Epworth, penyanyi ‘Tottenham Diva’ ini tidak lupa memberikan ucapan penghargaan pada produsernya yang bertanggungjawab mencipta lagu itu.

    “Dia seorang yang hebat. Terima kasih banyak Paul,” katanya ringkas.

    Meraikan kegembiraannya, Adele diberi peluang mengadakan persembahan selepas itu. Menariknya, ia adalah persembahan pertamanya selepas menjalani pembedahan tekak pada Oktober lalu, tetapi dia berjaya memukau tetamu dengan persembahan vokalnya yang masih mantap.

    Aktres Gwyneth Paltrow yang diberi tugasan menjemput Adele ke pentas membuat persembahan bersama penyanyi koir pada rangkap korus turut meraih ‘standing ovation’ dan ucapan terima kasih. 

    Adele atau nama penuhnya, Adele Laurie Blue Adkins berasal dari Tottenham, London berjaya mencatat jualan album 21 sebanyak 12 juta unit seluruh dunia sejak awal tahun lalu.

    Mencipta sejarah Grammy termasuk dirinya sendiri, Adele menjadi penyanyi kedua meraih pencalonan terbanyak pada acara ini selepas penyanyi rap, Kanye West dengan tujuh pencalonan. Kemunculan semula Adele digelar diva soul Britain di pentas Grammy kali ini selepas berehat panjang membuktikan dia masih hebat dengan kelebihan vokal yang dimiliki berbanding paras rupa.

    Sebelum acara berlangsung, Adele menyatakan dia menganggap pencalonannya untuk Grammy sebagai penghargaan sambil berkongsi perasaan seronok dan gementar.

    “Bidang nyanyian sebati dalam hidup saya. Ia adalah hobi, cinta, kebebasan dan kini menjadi karier saya. Saya tidak mempunyai pilihan berdepan pembedahan ini sama ada mahu terus menyanyi atau berdepan risiko kehilangan suara sampai bila-bila,” katanya dalam blognya.

    Pencapaian Adele di pentas antarabangsa suatu yang membanggakan buat negara kelahirannya selepas band Brit Pop popular, The Beatles mempunyai dua lagu ‘Top 5’ pada 1964 untuk single dan album serentak.

    Merujuk pada kemenangan lain pada acara Grammy kali ini turut menyaksikan band rock alternatif popular, Foo Fighters membawa pulang tiga anugerah - Lagu Rock Terbaik menerusi Walk, Persembahan Hard Rock/Metal Terbaik (White Limo) dan Album Rock Terbaik (Wasting Light) buat kali keempat berturut-turut.

    Jangkaan peminat genre rap terhadap kemenangan Kanye West juga menepati ramalan apabila penyanyi ini merangkul tiga anugerah untuk Album Rap Terbaik menerusi My Beautiful Dark Twisted Fantasy bersama Lagu Rap Terbaik (All of the Lights) dikongsi bersama komposer Jeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones dan Warren Trotter manakala lagu sama menang anugerah Kolaborasi Rap Terbaik berkongsi kemenangan bersama Rihanna, Kid Cudi dan Fergie.

    Bekas pemenang Album Terbaik Grammy ke-52, dua tahun lalu, Taylor Swift meneruskan kecemerlangannya dengan dua anugerah diterima, Persembahan Solo Country Terbaik menerusi lagu Mean dan Lagu Country Terbaik. Dia juga mengadakan persembahan untuk lagu kemenangannya itu.

    Gandingan mantap penyanyi Cee Lo Green bersama Melanie Hallim mempertaruhkan lagu Fool For You berjaya menang dua anugerah, Persembahan Vokal Tradisional R&B Terbaik manakala Lagu R&B Terbaik dikongsi bersama Jack Splash.

    Mendiang Amy Winehouse turut menerima anugerah Persembahan Pop Duo atau Kumpulan Terbaik menerusi lagu Body and Soul dikongsi bersama Tony Bennett.

    Pada acara yang menghargai sumbangan warga seni yang terbabit dalam bidang muzik, hadirin turut memberikan penghormatan pada mendiang Whitney Houston yang meninggal dunia mengejut sehari sebelum acara ini berlangsung.

    Pembukaan acara bersama LL Cool J bertindak sebagai pengacara memberi peluang pada tetamu memperingati diva pop popular ini menerusi persembahan ‘tribute’ disampaikan Jennifer Hudson.

    “Kejadian ini suatu yang tidak disangka. Kita semua kehilangan anggota keluarga sendiri. Perkara sepatutnya yang kita lakukan ialah berdoa pada wanita yang kita cintai. Whitney, kami sentiasa menyayangimu,” kata penyanyi rap terbabit.

    Berkongsi perasaan sedih pada pemergian itu, tetamu bersama penyanyi terkenal Paul McCartney yang duduk di barisan depan kembali menyaksikan klip video lagu popular Whitney, I Will Always Love You dan kemudian tetamu berdiri memberi tepukan ‘standing ovation’. 

    Di sebalik suasana sedih, perjalanan acara ini dimeriahkan dengan persembahan ramai artis popular antaranya, Sir Paul McCartney, Katy Perry, Bruce Springsteen, Foo Fighters, Kelly Clarkson, Dave Koz, Bruno Mars, David Guetta, Chris Brown, Nicki Minaj, Deadmau5 dan The Band Perry.










    Senarai pemenang


  • Persembahan Pop Duo atau Kumpulan Terbaik 
    Body and Soul (Tony Bennett & Amy Winehouse)



  • Album Alternatif Terbaik
    Bon Iver (Bon Iver)



  • Persembahan R&B Terbaik 
    Is This Love (Corrine Bailey Rae)



  • Rakaman Dance Terbaik 
    Scary Monsters bersama Nice Sprites (Skrillex)



  • Album Dance/Electronica Terbaik 
    Scary Monsters bersama Nice Sprites (Skrillex)



  • Album Muzikal Teater Terbaik
    The Book of Mormon (Robert Lopez, Trey Parker & Matt Stone)



  • Album World Music Terbaik 
    Tassili (Tinariwen)



  • Album Latin Pop Rock, Rock atau Urban Terbaik
    Drama y Luz (Mana)



  • Album Tropical Latin Terbaik
    Last Mambo (Cachao)



  • Album Skor Soundtrack Visual Media Terbaik
    The King’s Speech (Alexandre Desplat)



  • Album Historical Terbaik
    Band on the Run (Paul McCartney Archive Collection - Deluxe Edition)



  • Persembahan Country Duo atau Kumpulan Terbaik
    Barton Hollow (The Civil Wars)



  • Album Vokal Jazz Terbaik
    The Mosaic Project (Terri Lyne Carrington & various artist)



  • Album Jazz Instrumental Terbaik 
    Forever (Corea, Clark & White)



  • Improvised Jazz Solo Terbaik
    500 Miles High (Chick Corea)



  • Album Blues Terbaik
    Revelator (Tedeschi Trucks Band)



  • Album Folk Terbaik
    Barton Hollow (The Civil Wars)



  • Album Reggae Terbaik
    Revelation Pt 1: The Root of Life (Stephen Marley)



  • Produser Sepanjang Tahun, Bukan Klasikal
    Paul Epworth



  • Produser Sepanjang Tahun, Klasikal
    Judith Sherman



  • Nota:

    Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
    Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
    Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



    Label: , 0 ulasan | edit post
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...