Ahmad Tarmizi



Sensasi 2011
Susunan Zul Husni Abdul Hamid


2011/12/31




Isu kontroversi menghangatkan beberapa nama selebriti Indonesia di dada media

BUKAN tahun biasa kerana atmosfera hiburan Indonesia sepanjang 2011 juga dibaluti pelbagai insiden panas dan kontroversi, meletakkan beberapa nama begitu dominan menghiasi dada media. Ketika populariti bakat baru mencuri perhatian khalayak, langit hiburan Indonesia turut disurami ledakan berita negatif selebriti yang memusnahkan karier dan masa depan gara-gara penyalahgunaan dadah. 

Seawal Januari hingga 2011 menutup bilah harinya menyaksikan sederet nama selebriti yang memasuki daftar hitam angkara terjebak dalam kes kontroversi yang berakhir dengan terkurung di penjara. Setiap insiden mempunyai pro dan kontranya. Ketika sebahagian masyarakat melaungkan kemarahan yang dilepaskan menerusi siri demonstrasi, sebahagian lain pula memberikan sokongan moral menyedari selebriti juga ialah manusia yang biasa yang terperangkap dengan kelemahan sendiri.
GLAMOR menyorot rentetan peristiwa yang menyita perhatian luar biasa penggemar industri hiburan Indonesia sepanjang 2011.
Paling menjadi bualan sepanjang 2011 
  • SEAKAN bersahabat dengan kontroversi, Julia Perez menduduki tangga teratas sebagai selebriti paling diperbualkan sepanjang 2011. Perseteruan panjang dengan Dewi Perssik, bertitik tolak ketika mereka membintangi filem Arwah Goyang Karawang berlarutan ke pengetahuan pihak berkuasa apabila Dewi mendakwa Julia atau Jupe mencakarnya. Enggan mengambil pusing masalah itu, malah menganggap apa yang dilakukannya sekadar memenuhi keperluan adegan berakhir apabila Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Bagaikan belum berakhir kontroversi mengaitkan namanya, nama Jupe kembali meledak apabila dilarang muncul dalam persembahan di kota seperti Bandung, Palembang dan Malang. Beberapa siri konsertnya terpaksa dibatalkan apabila keizinan ditarik balik pihak berkuasa selepas menerima arahan daripada Majlis Ulama Indonesia. 
  • SAMA hebatnya dengan Jupe, Dewi Perssik juga sering menimbulkan kontroversi. Pengakuan terbuka dia menjalani pembedahan memulihkan selaput dara di Mesir mencipta isu hangat di Indonesia. “Pro dan kontra itu wajar, Kalau tidak kontroversi, itu bukan Dewi Perssik namanya. Saya selalu konsisten dan tidak pernah berbohong,” katanya lewat satu temubual bersama VIVA News, sedikit masa lalu. Mempertahankan pengakuan jujurnya itu, bekas isteri Saipul Jamil ini berkata, dia mempunyai semua bukti yang diperlukan jika masih ada yang enggan mempercayai kata-katanya. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan kepadanya, wanita yang mesra disapa Depe itu enggan memikirkan secara serius. Bagi Depe, semua yang dialaminya adalah lumrah dalam kehidupan sebagai seorang artis. Dia juga tidak pernah memaksa semua orang supaya menyokong setiap tindak tanduknya. “Saya akan belajar daripada setiap masalah supaya menjadi manusia yang dewasa dan tetap berpegang teguh pada prinsip diri,” katanya. 

  • Berputar sekitar kisah percintaannya dengan pasangan duet, Ashanty, Anang Hermansyah menuai populariti berterusan sepanjang 2011. Masih berteka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka, pasangan itu dikhabarkan akan menaiki jenjang pelamin pada awal 2012. Hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah pihak, malah dua anak perkahwinan terdahulu Anang dan Krisdayanti juga menerima kehadiran Ashanty yang kini dipanggil mereka sebagai bunda. Perseteruan dengan bekas teman duetnya, Syahrini juga meletakkan Anang dalam situasi panas namun mereka kembali berdamai bertemu pada malam SCTV FTV Awards 2011 di Balai Sarbini, Jakarta, Julai lalu. 
  • SINONIM dengan isu kontroversi, Ahmad Dhani masih membolosi senarai terhangat 2011 rentetan perbalahan dengan bekas isterinya, Maia Estianty yang masih belum bernoktah. Bapa tunggal tiga cahaya mata itu kembali terkait isu sensasi pada Mei lalu apabila didakwa menerima undangan meraikan hari ulang tahun ke-63 Israel di Jakarta. “Itu cuma khabar angin. Berita seperti ini tidak perlu dilayan. Bahkan ia tidak penting kerana saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya. 

  • CURANG dengan lelaki yang masih berstatus suami, berpisah dan hamil luar nikah mewarnai siri kontroversi penyanyi popular, Krisdayanti. Mengakhiri cinta larangan mereka dengan pernikahan pada 20 Mac lalu, Krisdayanti atau KD kini bahagia dengan cahaya mata perempuan hasil perkahwinan keduanya itu, Arrianha Amora Lemos. 

  • PENYEBARAN foto ghairah Syahrini sempat membadai kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu, Aku Tak Biasa ini. Biarpun kerap menerima cacian dan hinaan, Syahrini tegar melangkah tanpa gentar.
Kejutan, sensasi, kontroversi 


Vokalis Peterpan, Ariel dijatuhkan hukuman tiga tahun dan enam bulan penjara serta denda apabila didapati bersalah oleh Hakim Pengadilan Negeri Bandung atas kesalahan penyebaran rakaman dua video lucah, membabitkannya dengan Luna Maya dan Cut Tari. 

Kemalangan maut memisahkan buat selama-lamanya Saipul Jamiell dan Virginia Anggraeni yang ketika itu baru enam bulan mengecap nikmat berumah tangga. Virginia menghembuskan nafas terakhir di lokasi kecelakaan di Tol Cipularang pada 3 September lalu.

Bekas suami Rossa, Yoyo ditahan polis pada 27 Februari lalu kerana memiliki syabu dan diperintahkan menjalani pemulihan di Yayasan Kesatuan Peduli Masyarakat di Mega Mendung, Bogor, Jawa Barat selama setahun. Pemain dram 

Padi itu mula terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak 1995. 

Artis popular 80-an, Iyut Bing Slamet juga menerima nasib yang sama selepas ditemui tidak sedarkan diri di kamar sebuah hotel di Mangga Besar, Jakarta Pusat pada 8 Mac lalu. Iyut terpaksa menghuni pusat pemulihan selama setahun selepas perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat berakhir 24 Ogos lalu. 

Vokalis Kangen Band, Andika terheret dalam permasalahan dadah apabila keretanya digunakan oleh pemandunya untuk membeli ganja. Dia yang pada mulanya menafikan mengambil dadah akhirnya mengakui bersalah selepas polis merampas daun ganja kering dan tanaman itu di tempat latihan mereka di Cibubur, Jakarta Timur. Andika diperintahkan menjalani rawatan di Panti Rehabilitasi Lido, Sukabumi, Jawa Barat selama setahun sejak pertengahan Ogos lalu.

3 pasangan bercerai 



Titi DJ dan Ovy Rif 


DILIHAT serasi dalam perkahwinan mereka, pasangan Titi DJ dan Ovy Rif membuat kenyataan rasmi dalam satu temubual bersama Kapanlagi.com yang mereka sepakat berpisah. Perpisahan itu tanpa dipinta menuai kontroversi apatah lagi Titi sebelum ini pernah tiga kali bernikah dan bercerai 


Sarah Sechan dan Emir Hakim 


SEJAK bernikah pada 29 Jun 2003, rumah tangga Sarah Sechan dan Emir Hakim dilihat begitu rukun. Namun sejak September 2011, khabar kurang enak mengenai pasangan itu mula bertiup. Sarah mengakui rumah tangganya sedang dilanda badai. Enggan menyatakan sebab perpisahan, pasangan itu sepakat mengakhiri pernikahan mereka pada 3 September lalu. 


Sophia Latjuba dan Michael Villareal 


BERMULA dengan kontroversi, pasangan itu mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan rumah tangga mereka musnah pada pertengahan Oktober lalu. Kecurangan dikatakan menjadi penyebab utama kepada perpisahan itu. 


Bagaimanapun, Sophia dan Michael lebih banyak berdiam diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki mengenai punca perceraian mereka.



Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Ahmad Tarmizi


Osbon juara




SHAH ALAM: Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi.

Final Maharaja lawak Mega (MLM) bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri, malah ia juga mengulangi babak sama ketika final Maharaja Lawak terdahulu di mana Jozan yang menjadi 'favourite' tersungkur di tangan Sepah.

Dan kini di MLM, Osbon pula yang mengecewakan Boboi apabila muncul sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega 2011. Manakala Boboi terpaksa berpuashati dengan wang kemenangan RM250,000 apabila hanya mampu bergelar Naib Juara.

Manakala Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat dan membawa pulang RM50,000. 

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



Label: 0 ulasan | edit post
Ahmad Tarmizi



Jamin ‘hutang’ RM2.5j

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KESAL...Fizo (kanan) bersama Khairul Anwar di pejabat SukaGuam, semalam.
KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.


“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.


Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Label: 0 ulasan | edit post
Ahmad Tarmizi



Seri Paduka kali kedua



KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.


Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa semalam bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 kelmarin.



Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.


Istiadat semalam merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.



Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.



Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ iaitu jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.



Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.


Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah saksi.



Istiadat semalam juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.



Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.



Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.



Istiadat semalam dihadiri Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri kabinet serta ketua jabatan.



Istiadat yang disiarkan secara langsung RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.



Tuanku Abdul Halim menerima menghadap menteri Kabinet dan ketua jabatan yang diketuai Najib di Bilik Seri Mahkota.- Bernama



Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Label: 0 ulasan | edit post
Ahmad Tarmizi



Biar saya saja tahu

Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2011/12/09


Enggan tinggalkan dunia lakon 

GADIS kecil-molek ini memang petah berkata-kata. Pada usia 17 tahun dan baru saja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu, sifat remajanya jelas terserlah.

Seorang yang riang dan senang bergaul membuatkan sesi fotografi yang diadakan di Studio Hip baru-baru ini berjalan dengan lancar, dan mengambil masa yang singkat saja. Ditemani ibunya, Filzah Yusoff, pelakon muda ini cukup gembira kerana kini dirinya berjaya menamatkan sesi persekolahan dan peperiksaan tanpa apa-apa masalah.
Itulah Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, yang kini kembali sibuk dengan penggambaran drama TV setelah beberapa bulan menumpukan perhatian dan sepenuh masanya menghadapi SPM. 

Ternyata rezekinya di dalam dunia lakonan terbuka luas apabila tidak sempat untuk merehatkan diri buat seketika, dia sudah ditawarkan untuk mengikuti latihan penggambaran bagi drama yang akan ke udara tahun depan. 

Berteka-teki mengenai tajuk drama lakonannya itu, Elfira menyatakan kini dia mula sibuk dengan aktiviti penggambaran sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan, yang belum diketahui tarikh dan tempatnya. 

Tidak merungut, malah dia gembira dengan peluang yang ditawarkan. Elfira juga tidak pernah mengetepikan soal pendidikan dan akademik walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon. 
Namun dirinya sedikit tersentak apabila ada yang menegur, seolah-olah dia tidak mahu berjaya dalam hidup semata-mata kerana tidak mempunyai cita-cita khusus. Mengulas mengenai artikel siaran akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu itu, Elfira menjelaskan dirinya bukanlah tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan tetapi buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jalan yang mahu dipilihnya. 

“Saya tidak kisah dengan teguran itu sebenarnya. Tapi mahu dijelaskan di sini, walaupun saya tidak mempunyai cita-cita, saya mempunyai sasaran dalam hidup dan biarlah sasaran itu hanya diri saya saja yang tahu. Saya seseorang yang tidak suka bercerita mengenai cita-cita kerana saya takut saya tidak akan dapat capai seperti yang diharapkan. Jadi untuk mengelak daripada kecewa, biarlah saya seorang diri yang mengetahui sasaran hidup saya. 

“Seperti yang saya katakan, kini saya ada dua haluan dan ia bergantung kepada keputusan SPM yang akan keluar awal tahun depan. Jika keputusannya baik saya akan menggunakan peluang itu ke jalan yang terbaik dengan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan jika sebaliknya, saya tetap akan mencuba yang terbaik. 

“Semestinya saya mahu berjaya dalam apa saja bidang yang saya ceburi dan seperti yang saya lakukan sekarang, saya benar-benar minat dengan dunia lakonan dengan memberikan komitmen yang sebaiknya. 

“Kalau boleh sememangnya saya tidak mahu terus kekal sebagai pelakon kerana saya mahu melakukan sesuatu yang berlainan pada masa depan, tapi dunia seni ini tidak akan saya tinggalkan kerana minat saya di sini. 

“Seperti orang lain yang mempunyai hobi memancing, hobi saya pula adalah berlakon, dan walaupun sibuk dengan pelajaran saya akan tetap terus berlakon. Jika diimbas kembali, pembabitan saya dalam dunia lakonan bukanlah disebabkan mahu mengejar populariti tapi ia berlandaskan minat,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini. 

Jelajah ABPBH paling seronok 

TEGAS Elfira, dia tidak mahu dijadikan rujukan yang tidak elok buat remaja di luar sana, apatah lagi memperlihatkan reputasi yang kurang baik sebagai pelakon. Di sebalik itu, dirinya tetap bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada teman sekeliling dan anggota keluarga yang memahami. 

Di samping itu, gadis genit ini tidak menggalakkan remaja di luar sana untuk berlakon kerana dia sendiri berpendapat ia serba-sedikit akan mengganggu pelajaran. Namun semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika seseorang itu pandai menguruskan masa, pasti ia tidak menjadi masalah. 

Pada masa sama, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2011 ini turut berkongsi perasaannya apabila dicalonkan di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. 

Pencalonan kali kedua ini tidak dinafikan menerbitkan rasa gembira dan terkejut pada masa yang sama. Sebelum ini dirinya dicalonkan sebagai Artis Baru Wanita dan berbeza kali ini dia diletakkan sekumpulan dengan barisan pelakon senior. 

“Dulu disenaraikan di kalangan artis baru, saya rasa sesuai. Tapi tahun ini dicalonkan di dalam kategori lebih dewasa, membuatkan saya rasa kurang yakin. Semua pelakon yang tersenarai ialah nama yang kuat dan orang lama di dalam industri. 

“Saya masih remaja dan baru dalam industri ini, dan dicalonkan di kalangan artis wanita sememangnya di luar jangkaan kerana saya sendiri tidak berasakan diri saya sudah wanita. Jika ditakdirkan nama saya dicalonkan di kalangan lima teratas, memang saya terkejut sangat. 

“Apa-apa pun, yang membuatkan saya teruja jika dicalonkan ke akhir nanti ialah kerana saya ingin mengikuti siri jelajah. Seperti tahun lalu, jelajah ABPBH ialah jelajah yang paling seronok pernah saya ikuti. Selain dapat berjumpa dengan ramai peminat, saya juga dapat menghabiskan masa dengan artis lain,” katanya sambil menceritakan detik manisnya ketika menyertai jelajah ABPBH2010 ke Johor. 

Mengimbas kenangan ketika menyertai siri promosi itu, Elfira pernah disimbah air di atas pentas dan dia juga menghangatkan lagi pentas apabila tampil dengan tarian bersama lima penari kecil dari Sekolah Puncak Alam bergelar Leeleesm, menarikan lagu Superjunior. Kenangan manis itu sukar untuk dilupakan dan mengharapkan dirinya berpeluang untuk menikmatinya lagi. 

PROFIL 

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri 
UMUR: 17 tahun 
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994 
ASAL: Kuala Lumpur 
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik 
DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab 
KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades 
DRAMA: Qalesya, Kum Kum, Ekspres Dania, Roh Naterah, Hani, Senja Permai, Syurgamu Ramadhan, Sayang Abah dan Tentang Bulan The Series. 

Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



Ahmad Tarmizi



‘Rizab negara sangat tinggi’

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my



MALAYSIA mempunyai ekonomi domestik kukuh dan dengan itu ia berada pada kedudukan lebih baik untuk menghadapi persekitaran mencabar daripada krisis zon Eropah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Krisis zon Eropah menimbulkan ketidakpastian yang besar dan ia menyebabkan turun naik yang ketara. Tetapi, pasaran kita sekarang lebih maju, institusi kewangan lebih utuh dan bank pusat sudah membina penampan dan rizab kita sangat tinggi, oleh itu kita pasti boleh menghadapi turun naik dengan lebih baik,” katanya selepas pelancaran MobileLink bank pusat di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, bagaimanapun ekonomi negara memang akan terjejas kerana mungkin melalui saluran perdagangan dan pasaran kewangan tetapi Malaysia masih dalam kedudukan yang lebih baik.


Zeti berkata, sektor eksport Malaysia dijangka terjejas, tetapi ekonomi dalam negara akan terus kukuh, berkembang pada kadar antara enam hingga tujuh peratus terutama disokong pelaburan dan penggunaan domestik yang kukuh.


Beliau berkata, kerajaan kini melaksanakan banyak projek yang diumumkan sebelum ini dan Malaysia mendapat aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke bidang pertumbuhan baru.



“Semua ini akan menyokong kita dalam masa yang lebih mencabar. Kita juga mempunyai fleksibiliti dasar. Sektor korporat dan sektor isi rumah kita tidak terlebih dimanfaatkan.



“Ini penting kerana ia adalah isu yang dihadapi negara yang berdepan dengan krisis, terlebih memanfaatkan sektor awam dan swasta dan mereka mempunyai pengangguran yang tinggi dan kita tidak menghadapi semua ini dan mempunyai akses kepada pembiayaan berterusan,” katanya.


Zeti berkata, negara ini tidak pernah menghadapi gangguan atau gangguan dalam aliran kredit dan semua terbabit sangat kritikal dalam menyokong ketersediaan negara bertahan persekitaran yang mencabar.


Laporan Penuh Di Sini:


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Label: 0 ulasan | edit post
Ahmad Tarmizi



Mencari lelaki matang

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2011/12/02




Tidak menagih kemenangan 

USIANYA bakal mencecah 30 tahun, namun Fouziah Gous belum berasa terdesak untuk mencari pasangan hidup.

Malahan dia seakan-akan membayangkan belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solonya kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni.
Begitupun, gadis ini sudah menetapkan lelaki sudah berusia bukanlah pilihannya. Dan, kriteria penting pada lelaki yang dicari ialah benar-benar memahami dirinya sebagai seorang artis. 

“Saya tak ada letakkan sasaran nak bila kahwin, tetapi kalau sudah jodoh Insya-Allah, saya akan menerimanya. Bukan impian saya untuk kahwin dalam majlis yang gah dengan tajaan sana sini, cukup sekadar buat apa yang patut dan wajib saja. 

“Nak cari yang berduit ini senang saja tetapi nak cari yang betul-betul boleh terima dengan ikhlas dan faham kita memang susah. Tetapi kalau dapat yang kaya itu bonus, namun bagi saya lebih suka lelaki yang matang walaupun fizikalnya nampak muda,” katanya. 

Meminati lelaki yang pandai dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan merasakan akan memberi kelebihan kepadanya serta boleh membimbingnya kelak. 
Memiliki pakej yang lengkap dengan ketinggian yang ideal serta susuk tubuh yang langsing menjadi daya penarik kepada Fouziah untuk kekal dalam bidang seni. 

Dia adalah antara yang tersenarai dalam undian peringkat awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, sudah lima lima tahun dalam dunia lakonan tetapi menganggap dirinya masih baru dan perlu mempelajari lebih banyak lagi selok belok dunia lakonan. 

Berasakan perjalanan seninya masih jauh untuk merangkul sebarang penghargaan, Fouziah beranggapan anugerah hanya sebagai bonus kepada seseorang artis dalam menghargai bakat yang dimiliki. 

“Belum rezeki lagi kerana kalau kita tengok pelakon senior, ada antara mereka mengambil masa lama untuk mencapai sesuatu tahap yang membanggakan. Bukan mudah untuk bakat kita dihargai dan bukan senang nak bagi orang nampak kelebihan kita. 

“Macam saya sendiri yang masih baru, ia memerlukan masa yang lama. Bukannya hari ini keluar orang sudah nampak bakat kita jadi kena selalu asah dan tingkatkan lagi bakat yang ada,” jelasnya. 

Tidak mahu dianggap keterlaluan, Fouziah berasakan cukup sekadar dihargai peminat serta tawaran berlakon yang diterima. 

Bukan kemenangan yang ditagihnya, sebaliknya menaikkan namanya dalam industri agar mampu duduk sebaris dengan pelakon hebat lain yang sudah mencipta nama dalam dunia seni. 

“Sekarang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod dengan Erma Fatima dan baru selesai penggambaran telefilem Senyawa. Selepas itu, drama 14 episod, Trilogi Cinta pada Februari dan baru siap filem terbaru Hantu Bukit Cina. Saya mula berlakon dengan Erma Fatima dalam drama Bicara Dari Tuhan sejak tahun lalu,” katanya. 

Merasakan satu pengalaman berharga yang tak mungkin dilepaskan bekerja di bawah Erma Fatima menyuntik semangat baru dalam bidang lakonan bagi Fouziah. 

Malah, menganggap Erma sebagai idola seninya, banyak tunjuk ajar dan pengalaman yang ditimba Fouziah ketika bekerja di bawah Erma. 

“Erma banyak memberi peluang kepada saya termasuk drama Tahajjud Cinta dan saya seronok bekerja dengannya kerana dia tak loket ilmu dan sering memberi tunjuk ajar. 

“Malah, peluang berlakon di bawah arahan Aaron Aziz memang sesuatu yang baru dan dia tahu apa yang dia nak. Sebagai orang baru dia tak segan silu terima pendapat kita,” katanya. 

Bergandingan dengan Siti Saleha dalam telefilem sulung Aaron Aziz, Kekasih Awal dan Akhir banyak mengajar Fouziah bermain dengan emosi dan perasaan dendam. 

Sering membawakan watak antagonis sebelum ini mengajar Fouziah menjiwai watak dengan lebih berkesan, malah Fouziah mengimpikan watak yang lebih mencabar kredibilitinya sebagai pelakon. 

Terpesona aksi Angelina Jolie 

BIARPUN kelihatan berperwatakan lemah lembut dan feminin, tetapi Fouziah sebenarnya mempunyai impian untuk memikul peranan lasak dan ‘ganas’ termasuk membabitkan aksi bergaduh. 

Sudah lama menunggu peranan yang diimpikan itu kerana selama ini dia hanya ditampilkan dengan watak lemah lembut dan baik sedangkan ia tidak dapat membantu menjadikan dirinya sebagai pelakon serba boleh. 

“Saya minat aksi, ada banyak adegan gaduh atau lawan. Kalau diberi peluang nak bawa watak tapi setakat ini belum tercapai. Asyik dapat watak antagonis, kejam dan gadis kampung tapi tidak ada aksi lasak. 

“Nak juga merasa watak yang lebih mencabar kerana saya tak nak dilihat hanya berupaya bawa watak yang sama, agak klise,” katanya. 

Tidak mahu watak aksi yang hanya menampilkan aksi gaduh seperti gengster, Fouziah mahu mencabar dirinya mencuba watak lebih berat dari itu dengan lebih mencabar. 

Sering melihat aksi Angelina Jolie menjadi daya tarikan untuk mencuba aksi sedemikian yang sukar serta di luar kotak pemikiran artis lain. 

“Mungkin sebab jiwa saya sebenarnya lebih meminati watak sedemikian jadi nak uji mental dan fizikal saya dalam watak ini. Sudah banyak watak yang saya bawa jadi apa salahnya saya mencuba watak sebegini pula. Sebagai pelakon kita kena berani mencuba pelbagai watak baru boleh berjaya,” katanya. 

Info: 
NAMA PENUH: Nor Fouziah Mohd Gous 
USIA: 29 Tahun 
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982 
ASAL: Kuala Lumpur 
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik 
KERJAYA: Model dan pelakon 
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur 
DRAMA: Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat Isabella, Sutera Maya, Kasihmu Di Bulan Ramadan, Puisi Untuk Anis, Kepulangan, Sutera Maya dan Spa Q 2 
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Skrip 7707, Otai, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga, Dua Hati Satu Jiwa & Rasuk. 

Busana, aksesori dan kasut: Shoes, Shoes, Shoes, Bangsar 
Solekan: Tiar Zainal 

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Ahmad Tarmizi



Jadikan Langkawi bertaraf dunia

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi, di Langkawi, Kedah, semalam. – BERNAMA
LANGKAWI 8 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi yang melibatkan anggaran pelaburan sebanyak RM5 bilion dalam tempoh lima tahun untuk meletakkan nama pulau peranginan itu sebaris dengan pulau terkemuka dunia.

Menerusi pelan tindakan rangka kerja terperinci itu, kedudukan dan potensi Langkawi diberi nafas baru bagi mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadikan pulau lagenda berkenaan sebagai antara 10 pulau dan destinasi ekopelancongan terbaik dunia menjelang 2015.
Perdana Menteri berkata, pelan induk berkenaan menggariskan 14 inisiatif meliputi tiga tema iaitu produk, infrastruktur dan pembolehdaya yang dijangka merancakkan lagi industri pelancongan di situ dalam tempoh tersebut.

"Pelaksanaan blueprint ini dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion menerusi kedatangan tiga juta pelancong pada 2015 selain mewujudkan sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baru," katanya ketika melancarkan blueprint berkenaan di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama menyaksikan pelancaran berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Najib, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 92 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta dan bakinya diperuntukan kerajaan sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2012.

Beliau berkata, bagi mengukuhkan kekuatan sedia ada di pulau pelancongan itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan dimantapkan dengan suntikan kepakaran baru selain akan bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Penyampaian untuk memantau pelaksanaan kesemua inisiatif yang dikenal pasti.

Perdana Menteri yakin aspirasi kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai pulau terkemuka dunia dapat dicapai menerusi kerjasama dan penglibatkan semua pihak.

"Harapan kita untuk melihat Langkawi menempa nama sebaris dengan pulau-pulau terkemuka seperti Seychellees, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives menjadi kenyataan jika sokongan padu dan kerjasama erat berterusan antara semua pihak tercapai," katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Najib turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli, 62, sebagai Pengurus Besar LADA yang baru.

Beliau turut menyaksikan memorandum persefahaman yang dimeterai antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Taylor's University untuk membangunkan akademi pelancongan di pulau peranginan berkenaan.

Selepas melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi itu, Najib kemudian merasmikan tapak projek Kilim dan Pusat Discovery Geopapark di jeti Kilim dekat sini yang merupakan antara inisiatif pelan induk tersebut.

Laporan Penuh Di Sini:

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...